Showing posts with label islam vs sains. Show all posts
Showing posts with label islam vs sains. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

~WHY OUR IRIS LOCATED AT THE LENS?~

bismillahirrahmanirrahim...
adakah anda tahu, dalam mata kita terdapat satu bahagian tu yang dinamakan iris. saya bukan nak cerita pasal cerita IRIS, tapi, nak cerita kekaguman saya pada ciptaan Allah yang sangat luar biasa dan ini menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT...

SUBHANALLAH...
sebelum saya cerita lebih lanjut tentang iris, mari kita lihat anatomi mata kita...


iris merupakan struktur bulat yang terletak di depan lens dalam mata kita...jika kita lihat secara kasar, iris dilihat seperti melekat pada depan lens.

persoalannya, kenapa iris mesti terletak di situ?kenapa bukan depan sedikit daripada lens atau di belakang lens?

hal ini kerana...

untuk mengelakkan distortion berlaku...
apa itu distortion?
distortion adalah keadaan di mana apabila berlakunya pelbagai magnification di jarak yang berbeza dari lens. hal ini bukannya disebabkan oleh kurangnya kejelasan kualiti imej.
atau, stop berada bukan pada tempatnya.

apa itu stop?

stop bertindak sebagai pengehad cahaya yang akan melalui sesuatu kawasan. ia adalah untuk memotong cahaya yang tidak diperlukan.

contoh mudah bg stop adalah, CD. CD tersebut adalah stop dan bukaan di tengahnya dinamakan bukaan stop. apabila cahaya melalui stop (CD), cahaya yang tidak diperlukan, iaitu di bahagian tepi akan terpotong dan cahaya di bahagian tengah sahaja dibenarkan melalui stop tersebut. jadi, imej akan lebih fokus dan tajam...

terdapat 2 jenis distortion, iaitu pincushion dan barrel.



pincushion distortion akan berlaku apabila stop terletak di belakang lens...
manakala barrel distortion belaku apabila stop berada di depan lens...


untuk mengelakkan kedua2 distortion berlaku,


  1. stop mesti diletakkan di lens

  2. letak stop di antara dua lens

  3. guna orthoscopic doublet

  4. guna ramsden eye piece

oleh kerana mata kita hanya ada 1 lens, jadi, langkah yang pertama adalah yang paling tepat dan berkesan. stop mesti diletakkan di lens, seperti mata kita!!!

SUBHANALLAH...

tanpa kita sedari, Allah dah tahu segalanya tentang kita sebelum kita diciptakan dan sebelum kita tahu tentang diri kita...walau sekecil2 perkara...

jadi, janganlah kita kufur nikmat yang telah Allah berikan kepada kita... lihatlah perkara2 yang Allah izinkan, bukannya perkara yang Allah larang...

Sunday, February 13, 2011

~MATA DAN UV~

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, bru je abeh exam subjek ocular anatomy...dengan bantuan Allah melalui Dr. Ahmed Momoh Tahiru, beliau byk tolong kami...termasuk la bagitau topik apa yang masuk exam...huhu~

subjek ni sangat best, tapi makin byk kita belajar tentang sesuatu perkara, makin byk rasanyer ilmu yg kita xtau...yela, ilmu Allah tu sangat luas, kita hanya pinjam daripadaNya terlalu3 sikit...


nak tau tak...makin byk saya belajar pasal diri manusia ni, makin tinggi tahap kekaguman saya pada kekuasaan Allah...Subhanallah...


contohnyer,

ramai orang tahu, kat dalam sinaran cahaya matahari, terdapat ultraviolet radiation atau radiasi UV. free radical adalah hasil daripada proses metabolik. penyerapan UV ni boleh menyebabkan perubahan dalam tisu badan dan terjadinya pembentukan free radical. free radical membantutkan proses2 sel dalam badan dan menyebabkan kerosakan sel.


kita sering mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena kulit?

tapi, pernahkah kita mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena mata?


sebenarnyer, terdapat bahan2 yang boleh menghalang kerosakan tersebut, iaitu glutathione dan ascorbic acid.


lebih mengagumkan, bahan2 ini terdapat di aqueous humor yang terletak di depan lens dalam mata kita...!!!bahan2 tersebut ada di dalam mata kita tanpa kita perlu meletakkannya sendiri utk halang UV!!!


SUBHANALLAH...

betapa hebatnyer ciptaan Allah terhadap manusia...itu baru sekecil2 sel dalam badan..!!


Allah dah berfirman,

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kamudian Kami balut tulang2 itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik2 Pencipta."- Surah al-Mukminun ayat 14


kesimpulannya, begitu hebat Allah ciptakan kita dan begitu byk nikmat yang Allah beri kepada kita, kenapa kita masih tegar utk sujud dan bersyukur kepadaNya???

Saturday, January 22, 2011

~MINUM & BERNAFAS~




bismillahirrahmanirrahim...


Rasulullah menyarankan kita untuk minum seteguk demi seteguk supaya air dapat masuk ke dalam tubuh kita secara bertahap.


did u wonder why???



sebab, apabila air masuk ke dalam tubuh kita secara bertahap, penyerapan air akan lebih baik dan lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.



Nabi juga menganjurkan untuk ambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk.



kalian tahu x kenapa???



kenapa kita x boleh bernafas ketika minum?

ha...ni yg saya nak cerita ni...


hari tu, masa kelas anatomy and function 2, kitorang belajar pasal digestive system.
meh saya bagitau sikit pasal digestive system...

saluran pencernaan kita atau dikenali sebagai digestive tract terdiri daripada mulut, pharynx, esophagus, perut, usus kecil, usus besar dan anus...




kat bahagian pharynx, terbahagi kepada 3 part, nasopharynx, oropharynx dan laryngopharynx. oropharynx dan laryngopharynx berfungsi sebagai pencernaan dan pernafasan. manakala nasopharynx berfungsi untuk pernafasan sahaja bukan untuk perncernaan.. nasopharynx akan tertutup bilamana makanan telah dikesan melalui mulut dan makanan akan teruskan perjalanan ke pharynx...



bila makanan melalui pharynx (kerongkong), nasopharynx akan tertutup dan epiglottis yang berperanan sebagai penyekat saluran makanan (esophagus) ATAU saluran pernafasan (trachea) akan menutup saluran pernafasan (trachea) bagi memberi laluan kepada makanan untuk masuk ke saluran pemakanan (esophagus) dan seterusnya ke perut...


cuba kita bayangkan...

jika kita bernafas sambil minum, apakah yang akan terjadi???

sudah tentu epiglottis yang berperanan untuk menutup saluran pernafasan ATAU pemakanan tidak boleh untuk menutup salah satu. sebab itulah kekadang kita tersedak ketika sedang makan...


ISLAM ITU INDAH~
Allah dah bagi kita petunjuk dan cara yang betul dalam melakukan sesuatu perkara walau sekecil2 perkara...

kenapa kita masih tidah bersyukur dan susah untuk melaksanakan perintahNya???

besar manalah ibadah yang telah kita lakukan sebagai tanda SYUKUR kita berbanding NIKMAT yang telah Dia berikan...



FIKIR2KANLAH...








Tuesday, October 12, 2010

~PITAM DAN SOLAT~

bismillahhirrahmanirrahim...

pernahkah anda terfikir bahawa pitam ada kaitan dengan cara kita solat?
sebelum itu, mari kita lihat apakah yang dikatakan pitam.

pitam atau fainting atau dalam bahasa sainsnya, syncope adalah suatu keadaan di mana seseorang tiba2 tidak sedar disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke otak. biasanya, degupan jantung yang perlahan menyebabkan tekanan darah rendah dan kemudiannya mengurangkan aliran darah ke otak. kebanyakan kes, pesakit akan sedar kembali dalam beberapa saat atau minit.

jika anda mempunyai tanda2 tersebut, maka, berhati2lah. anda mungkin akan pitam:
  1. kepala terasa ringan
  2. badan terasa panas
  3. penglihatan kabur
  4. berpeluh
  5. terasa berat pada bahagian kaki
  6. kekeliruan
  7. menguap
  8. nausea (terasa mual), kekadang muntah

SEBAB:

pitam selalu berlaku daripada simple, non-medical cause, termasuk berdiri terlalu lama, mengalami emotional distress. ia juga mungkin berlaku hasil daripada masalah kesihatan yang serius contohnya heart disease (kerana kurang darah ke otak), low blood sugar (selalu dikaitkan dengan diabetes), sawan, panic attack.


LANGKAH2 PENCEGAHAN:

  1. elakkan stress, kelaparan
  2. minum air
  3. elakkan berubah posisi secara cepat (terutama dari duduk ke berdiri atau berdiri ke duduk)
  4. tidur dengan kepala di tinggikan sedikit
  5. elakkan berdiri terlalu lama
  6. pakai stokin yang tidak terlalu ketat
  7. jangan pakai baju yang ketat dan sendat (boleh mengurangkan edaran darah ke otak)
  8. pusingkan seluruh badan jika hendak melihat sekeliling
  9. elakkan cafein dan alkohol

adakah anda perasan bahawa untuk mencegah diri daripada pitam, elakkan berubah posisi secara cepat. hal ini sangat related dengan thoma'ninah dalam solat. dalam rukun2 solat, terdapat 'rukuk serta thoma'ninah', 'sujud serta thoma'ninah'... thoma'ninah adalah satu gerakan di mana kita tidak boleh terlalu cepat berubah posisi dalam gerakan2 yang disebutkan. dalam konteks ini, hal ini adalah untuk mengelakkan kita daripada pitam dan pengsan. jika perubahan posisi tidak terlalu cepat, darah akan mudah untuk beredar ke otak. oksigen akan mudah diberikan kpd otak. jika perubahan gerakan terlalu cepat, pitam mudah berlaku!



oleh sebab itulah, kita disuruh duduk sebentar ketika selepas sujud untuk berubah gerakan kepada berdiri ketika solat! ALLAH IS THE GREAT, RIGHT?

selain perlunya kita tidak terlalu cepat gerakan dalam sola, kita juga disuruh untu melonggarkan pakaian. hal ini kerana, jika kita memakai pakaian yang ketat dan sendat, darah akan mudah tersekat untuk memberikan oksigen kepada bahagian2 tubuh badan yang lain, terutamanya otak. jika otak xdapat oksigen, dalam konteks ini, pitam juga mudah berlaku!

Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 26:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. yang demikian itulah sebahagian daripada tanda2 kekuasaan Allah, mudah2an mereka selalu ingat."



Allah tahu segalanya tentang kita. sebab itulah suruhan itu diturunkan. janganlah kita mengeluh tentang sesuatu arahan dan suruhan Allah... setiap arahan dan suruhan Allah, ada hikmahnya..

hanya manusia yang jahil dan sombong untuk mengikut segala kata2Nya...

wallahu a'lam...






Friday, May 7, 2010

~MENGAPA PROFESSION ‘DOKTOR’ DIGILAI RAMAI?~

Kata-kata di wall facebook sahabatku, Amali telah menarik hatiku untuk membacanya. ‘mengapa ramai orang nak jadi doktor?’. Aku rasakan satu kolum dalam Majalah ANIQAH yang bertajuk ‘Beri Manfaat Kepada Orang Lain’ mungkin jawapan kepada pertanyaan Amali itu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nabi Muhammad SAW, “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.”

Ada segelintir ahli masyarakat yang menggeruni profession doktor ini. Ramai yang mempunyai alasan tersendiri untuk memilih profession ini sebagai profession yang diminati. ‘Tak larat nak bawak la, berat sangat…’ ‘ aku bukan darah daging doktor’, ‘siapa la nak biaya pembelajaran aku kalau aku ambik course tu…’ ‘aku tak boleh la nak tengok darah…’. Itulah alasan yang sering didengari dari telinga ramai student yang menggeruni profession ini.

Bagi yang meminati profession ini, ‘bila aku berjaya jadi doktor, aku nak tolong orang…’ ‘ayah aku doktor, aku pun nak jadi doktor gak la…’ ‘jadi doktor boleh jadik kaya. Aku nak bantu orang yang tak mampu…’ ‘jadi doktor ni nampak macam best je, nampak cam orang banyak ilmu..’ Namun, apa pun alasan mereka, semuanya berkitar dengan ‘kejayaan’ dan ‘kekayaan’.

Muslim yang baik adalah seseorang yang memiliki kejayaan dan kekayaan dan dia turut berkongsi kejayaan dan kekayaan itu dengan orang lain. Sesungguhnya, amatlah beruntung bagi muslim yang berbakti kepada orang lain dengan kejayaan dan kekayaan kepunyaannya dengan titik peluh sendiri serta dari sumber yang halal kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan apa yang perlu dijawab di hadapan Allah kelak, dari mana dan ke mana harta dan ilmu kepunyaannya disalurkan. Ilmu dan harta yang dipunyai itulah yang akan menjawab segala bentuk soalan daripada Allah…

Alangkah bahagianya muslim itu... Alangkah ruginya jika peluang itu tidak dilakukan sewajarnya…


Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi dan Nasa’I bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Untuk memberi manfaat kepada orang lain, tidak semestinya kita perlu bijak pandai,
mempunyai ilmu yang menggunung dan mempunyai harta yang menimbun. Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dan dapat wujudkan suasana di mana kehadiran kita akan member manfaat dan bukannya mudarat kepada orang sekeliling kita. Kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti dan kegiatan sepanjang perjalan hidup di dunia yang fana ini. Kitalah yang perlu mencorakkannya supaya dapat mendatangkan manfaat untuk diri dan orang lain.
Namun, sehingga kini, pernahkah anda terfikir, adakah kehadiran diri anda memberi manfaat kepada orang lain ataupun menyusahkan orang lain?


Cuba kita senaraikan perbuatan-perbuatan kita yang telah memberi manfaat kepada orang lain dan telah menyusahkan orang lain. Manakah yang lebih banyak? Adakah kita telah memenuhi hadis di atas? Jawapannya ada dalam diri masing-masing…=)

Monday, June 15, 2009

~QAILULAH VS SAINS~

Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah, sering kali oleh Rasulullah. Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,


"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai satu kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.


Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur."




Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.




Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.


Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.
Dr. james Maas

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.



Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.


~dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden~