Wednesday, June 1, 2011

~RASULULLAH TIDAK MENGENALIKU??~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad waala alihi wasahbihi ajmain.

Di dalam kitab Mukashafah al Qulub (Penenang Jiwa) karangan Imam al Ghazali ra (semoga Allah merahmati beliau)

Diceritakan bahawa seorang lelaki sering tidak pernah berselawat ke atas Nabi saw. Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasululah saw. Baginda langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya “Wahai Rasululah, apakah engkau marah padaku?”. Rasululah saw menjawab “Tidak”. Lelaki itu bertanya lagi “Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?” Jawab Rasululah saw “Kerana aku tidak mengenalimu”. Lalu lelaki itu menambah “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu?.Padahal para Ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.” Rasululah saw menjawab “Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku”.

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasululah. Rasululah berkata, “Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau”.

Maka tanya lah dirimu adakah engkau mnyintai Baginda saw?
Berapa banyak dirimu berselawat kepada Baginda saw setiap tahun,blan,minggu,hari, jam dan saat?
Berapa banyakah titisan air matamu kmu titisan kerana rindu untuk berjumpa Baginda saw yang mulia?
Siapakah yang kamu selalu puja dan bangga?
Siapakah ikonmu?

Sudah tentu soalan di atas tiada satu pun yang mampu kita jawab kerana jauhnya cinta kita kepada Baginda saw (terutamanya diriku).

Oleh itu Tuhan kami, kami mengadu kepadaMu.Ya Allah suburkan cinta kami kepada KekasihMu Nabi Muhammad saw, basahilah lidah2 kami dengan selawat dan pujian kepada TemanMu Baginda Muhammad saw, bangkitlah kami di akhirat kelak di bawah panji Baginda saw serta di bawah syafaat Baginda, Nabi Muhammad saw.
Allahumma amin T.T

sumber: daripada sahabat~





http://www.facebook.com/photo.php?fbid=222383934456449&set=a.161643620530481.38241.100000545319335&type=1&ref=nf#!/home.php?sk=group_108885199198961¬if_t=group_activity

3 comments:

  1. moga kita menjadi generasi yg mengenal rasulullah

    ReplyDelete
  2. kepada kawan2..blog sy dh bertukar ke http://cahayasyurga515.blogspot.com/

    hrp maklum...!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,,, salam ukhuwah ukhty,
    subhanallah, ane ingin bergabung dengan anti, belajar untuk menulis tuk dakwah bil qolam, mohon bimbingannya ya ukhty...
    Wassalamua'alaikum

    ReplyDelete