Friday, May 29, 2009

~PARENTS+FIRST YEAR VS RDW~

"Assalamualaikum puan, tuan, adik...boleh akak bantu???bilik mana, ek?"
"Er...111A."
"Ok, kalau macamtu, adik boleh ikut tangga ni, naik sampai level 1 & bilik adik area2 lorong tu je."
"K, terima kasih kak..."

"Assalamualaikum, sis...bilik berapa, ek?"
"413C"
"Ok, adik ni level 4, blok C.adik boleh jalan terus, sampai kat tiang tengah tu, nanti akan ada akak commettee akan tunjuk kat mane bilik adik..."
"thanks.."

itulah antara dialog2 famous ana yang telah ditaklifatkan menjadi unit RDW atau dikenali sebagai 'Residential, Discipline & Welfare' waktu Taaruf Week berlangsung.huih...bayangkan nak melayan beratus2 orang sehari.Allah sahaja yang tahu betapa letih dan penatnya kami committee sepanjang hari...

kami juga perlu menahan kesabaran bertemu muka dengan pelbagai ragam parents yang masing2 memang prihatin dengan anak kesayangan...


"Erm, adik committee, neih,pak cik nak tanya sikit...kt ZC ni tak da lif ka?pak cik bukannya apa, nama ja Universiti Islam Antarabangsa...tak kan tak da lif kot..."
"Er...lif setakat ni belum ada lagi pak cik...harap maaf, ek..."

Majoriti parents yang datang pasti bertanya tentang kemudahan lif...huih...kami pun tak tau nak jawab apa dah...nak salahkan siapa, tak tau la...sendiri la jawab...

TAPI...
ada parents yang bermotivasi tinggi...
situasi 1
"Adik, boleh akak tolong angkat kan barang?adik duduk tingkat 3 ni..."
"Eh, x yah nak...biar dia angkat sendiri...biar dia rasa susahnya..."kata seorang pak cik ni merangkap bapanya yang merupakan seorang lecturer di UIA Gombak...

situasi 2
"Adik, tak letih ke dari tadi berdiri je..??"
"Kalau saya kata tak penat, tipulah pulak pak cik...takpe2.kejap lagi la pak cik..."

situasi 3
"Adik, boleh duduk kejap?pak cik nak cakap sesuatu..."
"Ya, pak cik..ada apa?"
"Macam ni...tadi, masa tengah makan, pak cik ada nampak seekor tikus kat bawah sink kat cafe...besar pulak tu... macam kucing pun ada!pak cik ni bukannya apa...kan ni UIA, Universiti ISLAM Antarabangsa.kat sini semua orang Islam...kena lah jaga kebersihan...kan kebersihan itu sebahagian daripada IMAN...kita kena lah tunjuk imej Islam yang baik kepada parents & adik2 yang baru masuk..."

hm...bagusnya kalau semua parents sebegini rupa...

Adik2 first year pun takde kurangnya...


'akak, sakit perut la..ada ubat tak..??'

'akak, kaki saya melecet ni.tadi dah pecah,pastu kembung lagi.pastu pecah lagi.macam mana, ek?boleh pakai sandal je tak?'

'akak, senggugut...malam ni tak pergi padang boleh?'

'akak, saya ni alergic padang.asal duduk kat padang je gatal seluruh badan.kene pergi padang gak ke?'

'akak, kami sesat ni...nak pergi LY dari blok E.tapi tetibe je dah sampai mahallah.'

'akak, saya tak berani lah nak jadi imam...orang lain la..'

'hah?bagi tazkirah?self-esteem saya kurang la...bagi chance kat orang lain la dulu...'

hm...macam2...

NAMUN...
tanpa kita sedari...inilah cantiknya & hebatnya Allah dalam penciptaan manusia...
Allah pun dah kata dalam kalamNya,

"...menjadikan kamu berbangsa2 dan berkabilah2 untuk berkenalan, sesungguhnya yang mulia diantara kamu ialah yang paling bertaqwa, maka bertaqwalah agar kamu dirahmati"


cuba kita fikir...kalau Allah ciptakan semua manusia sama sifat dan peragai...mesti tak best... takde variety...itulah hebatnya & besarnya kekuasaan Allah...boleh menciptakan pelbagai rupa & sifat manusia seluruh pelusuk dunia...

so,
kepada committee2 RDW,


terutamanya yang di ZC,
kak rahmah, kak izzati, kak aisyah, kak mufi, iera, atim, anith, farah, rusni, syidah, amalina...
bersabarlah...mesti ada hikmahnya kita hadapi pelbagai onak & duri sepanjang Taaruf Week ni...
ujian Allah tetap ada untuk hambaNya yang soleh...lagi dekat kita dengan Allah, lagi besarlah ujian Allah kepada kita...

AKHIR KATA...
~ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG2 YANG SABAR~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, May 27, 2009

~10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA~

  1. selalu solat di awal waktu
  2. baca al-quran walaupun satu ayat
  3. mendorong diri untuk menguasai bahasa arab fushah
  4. berdebat jika ianya membawa kepada kebaikan
  5. senyumlah selalu, bersederhana dalam ketawa
  6. seriuslah dalam bergurau secara berpatutan
  7. kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan orang di depanmu
  8. usahlah umpat-mengumpat
  9. luaskanlah interaksi mu dengan ummat manusia
  10. maksimumkan faedah masamu untuk keuntungan orang lain

~SAHABAT PERJUANGAN~

sekali kaki melangkah di jalan ALLAH,
jangan undur.
biar masa berganti,
aqidah jangan mati.
biar zaman berubah,
keyakinan pada ALLAH jangan goyah.
tarbiyah menjamin istiqamah kita di jalan ALLAH...

Thursday, May 14, 2009

~HARI KESEDIHAN ATAU KEGEMBIRAAN?~

'MALAM SEPERTI INI, APAKAH PERASAAN SEBENAR DI dalam diri ini?
Gembira dengan ulangtahun yang ke-32?Apa yang ada pada sebuah kelahiran untuk dikenang?Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu saya bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk saya menghampiri mati.Lupakan kegembiraan, kerana kelahiran hanya bermakna pada kejaan memandu kehidupan.'



itulah petikan yang dibawa oleh Hasrizal Abdul Jamil, atau dikenali sebagai saifulislam yang dengan takdir Allah, saya terbaca petikan tersebut dalam bukunya yang terkenal, 'Aku Terima Nikahnya' beberapa jam sebelum menjelangnya Hari Lahirku yang ke-19 pada 15 Mei ini...

terasa seperti buku itu berkata2 denganku...

GEMBIRA...
pada hari Lahirku ini, aku berasa gembira kerana telah dikurniakan oleh Allah sahabat2 yang masih ingat akan Birthdayku...paling terkejut apabila menjadi 'powder girl' sebaik sahaja masuk ke dalam bilik dan telah di'surprise'kan oleh sahabat2ku setelah aku sedaya upaya ingin menggagalkan rancangan mereka...
yang paling terharu, ada yang membuat flash tentang persahabatan kami selama ini...
dan juga mendapat beribu2 mesej Hari Lahir dari teman2 seperjuangan walaupun baru beberapa minit berlalunya pukul 12 malam...
TERIMA KASIH SAHABAT...

SEDIH...
Namun, sejak maghrib tadi aku telah bermuhasabah sendirian sebelum menjelangnya Hari Lahirku...
mengenangkan usia yang semakin lanjut, bekalan amalan yang masih tidak cukup untuk mempersembahkannya kepada Al-Khaliq...betapa banyak dosa2 yang aku sedari mahupun tidak aku sedari yang telah aku lakukan sepanjang 18 tahun aku berada di dunia ini...
Ya Allah...ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini...semoga aku lebih tabah dan sabar dalam menempuh segala ujian dunia yang telah dan akan Engkau ciptakan untuk mengukur iman hambaMu ini...

Tuesday, May 12, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

~IQRA'~

IQRA'3X...

itulah kata2 yang diajar oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw pada mula baginda mendapat wahyu di Gua Hira'...

seram sejuk baginda dibuatnya untuk menuturkan kalimah itu...

baginda yang dikenali sebagai ummi telah diajar oleh Allah dan petugasNya, Malaikat Jibril pelbagai perkara dari sekecil2 perkara seperti membuang air kecil hingga sebesar2 perkara seperti pentadbiran negara...

NAMUN...ahli pengkaji barat sering mempertikaikan mengapa kita perlu mengikut seorang manusia biasa yang x pada mulanya tidak mengenali walau satu huruf pun???

bagi yang goyah akidahnya, mungkin perkara ini mengundah gulana kan hati mereka...

TETAPI, yang sebenarnya, Allah mahu buktikan bahawa tidak akan ada seorang guru yang akan berkata,'Nabi Muhammad tu...ala..yang anak murid si polan...' kan???

alangkah peliknya kita sekiranya perkara tersebut terjadi...

LAGI SATU, Allah ingin buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya dengan bantuan Allah...

Jadi, sempena minggu exam yang melanda bumi CFS ni, gutlark!!! SALAM IMTIHAN... BITTAUFIK WANNAJAH!!!

Friday, May 8, 2009

~ALLAH~ THE BEST OF THE BEST PLANNER...

Pada suatu malam y sibuk dgn kerja dunia tpi i'Allah akn dpt ganjarannya di akhirat sana...


ana: A,nti ade pape selase nex wik?
A: I'Allah ana xde pape
ana: B?ade pape?
B: ana pn same. fri je...
ana: C?
C: ana igt nk blek tpi bole kot nk blek rabu soknye...
ana: D?
D: ana pn xde pape.nk wt pe?
ana: ana igt nk wt meeting sket...so, kalo sume fri, bole la kite wt meeting 2...kol 8,ek.jmpe nt!!!
ISNIN-mlm sblm meeting
A:ala...ana xleh la g meeting mlm sok...kalo x silap B pn ade clas math...cane?
ana: hm...xpe2nt ana tnye shbt kite yg len.C, nti cane?
C: ha..tetibe mummy ana col suh blek mlm ni gak..so, xleh gak la nk g meeting sok.
D: ana pn same...tdi ukhti X kate ade discussion plak kt musolla gf
ana: hm..kalo cm2, nmpknye, kene la kite cancel kn meeting mlm sok.ana akn wt ari len.nt ana
bgtau antunna sume...
SELASA-8.10pm
A: salam. tetibe je bile ana msuk clas tdi, madam kate clas cancel!!!
SELASA-8.15pm
B: salam nti syg, clas ana cancel...alhmdlh...bole la kite wt meeting...
SELASA-8.25pm
D: salam.discussion ana dh abeh, kejap la plak...igt ke lame ngat...
ana: yeke...la..kalo cm2, bole la nk meeting tdi ptutnye!!!tpi ana ade hal la plak pas isya' ni...
xjdi gak la nk wt meeting...
hm...begitulah rancangan Allah...kekadang kite igt kite dah wat habis baik dlm wt perancangan untuk mase depan...pe nk wt jap lagi, pe nk wt sok, next week, next month, next sem...
tpi kite lupe bhw kite ade Allah Yang Maha Kuasa dlm menentukan dan merancang segala2nya untuk every single living things yg ade kt dunia ni...
tpi jgn la smpi ade yg b'pendapat:
xpe, Allah akn merancang segale2nye...sume qada' dan qadarnye sume dh t'tulis...pe nk sibuk2 plan itu, plan ini...we just look n see je...
kite doa je kt Allah spy Allah bg yg terbaik kt kite..dh..cukup..nt Allah pandaila atur hidup kite camane...
kite kene igt, Allah dh kate, Allah xkan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mrk merubah nasib mrk sendiri.pe yg penting, KERJASAMA!hehe...pe yg penting...tugas kite sbg hambaNya, usaha sehabis baik, doa n tawakkal kpdNya.
spt dlm surah At-Talaq 65: 'dan barangsiapa yang bertawakkal kpd Allah nescaya Dia akn memberi kecukupan kpdnya'
bak kata seorang shbt...
'Yang Allah lihat dan ukur bukan sejauh mane usaha kita, tpi yg diharap sejauh mane TAWAKKAL, percaye nan jitu...penggantungan kita padaNya...tpi x bermakna x perlu berusaha...USAHALAH semampu kita tpi jgn sesekali berakidah bhw byk usaha kita penentu kejayaan...tetapi berimanlah bhw TAWAKKAL kita itu sebenarnya hanya semata2 padaNya... itulah penentu kejayaan kita...kejayaan bukan milik sesiapa...tetapi adalah milik Allah, jadi, seyakinnya, hendaklah kita pohon dariNya semata...'
semoga kite perbetulkan blek akidah kite...kite plan mcm2 bukan untuk tunjuk kt Allah ataupun sahabat2 kite yg kite ni adalah the best planner...kite kene igt, Allah is the best of the best planner... wassalam...