Wednesday, February 16, 2011

~WHY OUR IRIS LOCATED AT THE LENS?~

bismillahirrahmanirrahim...
adakah anda tahu, dalam mata kita terdapat satu bahagian tu yang dinamakan iris. saya bukan nak cerita pasal cerita IRIS, tapi, nak cerita kekaguman saya pada ciptaan Allah yang sangat luar biasa dan ini menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT...

SUBHANALLAH...
sebelum saya cerita lebih lanjut tentang iris, mari kita lihat anatomi mata kita...


iris merupakan struktur bulat yang terletak di depan lens dalam mata kita...jika kita lihat secara kasar, iris dilihat seperti melekat pada depan lens.

persoalannya, kenapa iris mesti terletak di situ?kenapa bukan depan sedikit daripada lens atau di belakang lens?

hal ini kerana...

untuk mengelakkan distortion berlaku...
apa itu distortion?
distortion adalah keadaan di mana apabila berlakunya pelbagai magnification di jarak yang berbeza dari lens. hal ini bukannya disebabkan oleh kurangnya kejelasan kualiti imej.
atau, stop berada bukan pada tempatnya.

apa itu stop?

stop bertindak sebagai pengehad cahaya yang akan melalui sesuatu kawasan. ia adalah untuk memotong cahaya yang tidak diperlukan.

contoh mudah bg stop adalah, CD. CD tersebut adalah stop dan bukaan di tengahnya dinamakan bukaan stop. apabila cahaya melalui stop (CD), cahaya yang tidak diperlukan, iaitu di bahagian tepi akan terpotong dan cahaya di bahagian tengah sahaja dibenarkan melalui stop tersebut. jadi, imej akan lebih fokus dan tajam...

terdapat 2 jenis distortion, iaitu pincushion dan barrel.



pincushion distortion akan berlaku apabila stop terletak di belakang lens...
manakala barrel distortion belaku apabila stop berada di depan lens...


untuk mengelakkan kedua2 distortion berlaku,


  1. stop mesti diletakkan di lens

  2. letak stop di antara dua lens

  3. guna orthoscopic doublet

  4. guna ramsden eye piece

oleh kerana mata kita hanya ada 1 lens, jadi, langkah yang pertama adalah yang paling tepat dan berkesan. stop mesti diletakkan di lens, seperti mata kita!!!

SUBHANALLAH...

tanpa kita sedari, Allah dah tahu segalanya tentang kita sebelum kita diciptakan dan sebelum kita tahu tentang diri kita...walau sekecil2 perkara...

jadi, janganlah kita kufur nikmat yang telah Allah berikan kepada kita... lihatlah perkara2 yang Allah izinkan, bukannya perkara yang Allah larang...

No comments:

Post a Comment