Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah, sering kali oleh Rasulullah. Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,
"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."
Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai satu kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.
Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur."
Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.
Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."
Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.
Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.
Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.
Dr. james MaasDr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.
Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.
Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.
~dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden~
mungkin benar ape yang diperkatakan...
ReplyDeleteTetapi agak tidak elok kita membandingkan Islam,alQuran,alHadis dengan sains...
ini kerana ketiga-tiga tersebut lebih hebat daripada sains...
Sains berubah-ubah tetapi ketiga-tiga tersebut tidak...
Jika diceritakan begini,tentunya niat akan berubah...
beramal kerana fadilat,bukan kerana ia adalah wajib,bukan kerana ia adalah perintah Allah,bukan kerana ia adalah sunnah...
jika diguna perkara sains untuk berdakwah pula,seseorang itu akan kembali kepada Islam kerana fadilat,bukan kerana Tauhid yang mantap...disebabkan itulah kualiti tauhid umat Islam waktu ini tidak sehebat golongan salafi dahulu kala...
Wallahu A'lam
respond utk adbllah;
ReplyDeleteagama islam, baik sunnah, hadis dan al-quran tak pernah menyalahi sains. al-quran adalah rujukan asas semua ilmu ciptaan Allah termasuk ilmu sains. Jadi tak mungkinlah ada konflik pd Al-Quran dan Sains kerana ia dari sumber yang sama.
sains tidak berubah tapi sentiasa ada penemuan baru atau berkembang. sebab ilmu manusia itu terhad, bnyk rahsia2 Allah yang tak terungkai. Rahsia2 tu semua dapat dirungkaikan dengan sains. Dalam masa yang sama, pengamalan sains mestilah mematuhi akhlak dan kod2 Islami (cth dlm perubatan etc)
bukan membandingkan, tapi sebagai bukti. manusia sekarang kan semuanya nak nampak depan mata baru percaya.
ReplyDeletebut its good la, at least we have a reliable proof. rasulullah dah beribu tahun jumpa, tapi manusia lain buat penemuan baru lah kononnya.
apa pun, Islam. (:
tapi sayang tak banyak orang islam yang mengetahui qailulah sekarang, padahal manfaatnya banyak sekali, terlepas itu amalan sunah ataupun sains.
ReplyDeleteFadhilat juga perlu, sekiranya tidak perlu tidaklah Rasulullah menyebut perkara tersebut dalam banyak hadis..wallahu alam.
ReplyDelete