Monday, August 2, 2010

~PIAT TELINGA KANG!!!~

'PIAT TELINGA KANG...~'


ayat itu sering kita dengari masa zaman kecik2 dulu. selalunya, mak lah yang akan bertindak sedemikian sekiranya anaknya tidak mendengar kata...pastu, anak2 akan kata, 'adeh, sakit mak...ampun2,..janji x buat lagi...'





namun, pernahkah anda ketahui, bahawa ada sesuatu yang tersembunyi disebalik 'PIAT TELINGA'?


kenapa mesti telinga yang dipiat?





sebenarnya, piat telinga merupakan satu tindakan untuk mengurut telinga. dalam kajian, terdapat 73 titik akupuntur penting di telinga. apabila ia diurut, aliran tenaga atau chi ke seluruh organ menjadi lancar. bagi anda yang mengalami gangguan kesihatan terutamanya penyakit metabolik, jangan lupa mengurut telinga semasa berwudhuk. insyaAllah, anda akan merasai manfaat kesegaran dan kesihatan.


begitulah cantiknya Islam dan ajaran agama Allah. sekecil2 perkara yang disuruh oleh Allah pun ada manfaat dan hikmahnya. walaupun basuh telinga hanya sunat dalam berwudhuk, jadikanlah ia sebagai amalan. selain mendapat pahala sunat, kita juga akan mendapat nikmat kesihatan...

dengan mengurut telinga juga, dapat menguatkan ingatan. mungkin sebab itulah ibu2 sering memiat telinga anak mereka apabila anak mereka nakal dan buat hal. agar anaknya ingat untuk tidak membuat perkara yang dilarang oleh ibu. oleh itu, janganlah halang jika kita ternampak seorang ibu memiat telinga anak mereka...he3

kesimpulan: JANGAN MALAS BASUH TELINGA KETIKA BERWUDHUK!

source:365 tips sihat gaya Rasulullah- dr. mohammad ali toha