Saturday, January 22, 2011

~MINUM & BERNAFAS~




bismillahirrahmanirrahim...


Rasulullah menyarankan kita untuk minum seteguk demi seteguk supaya air dapat masuk ke dalam tubuh kita secara bertahap.


did u wonder why???



sebab, apabila air masuk ke dalam tubuh kita secara bertahap, penyerapan air akan lebih baik dan lebih menyihatkan, lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.



Nabi juga menganjurkan untuk ambil nafas sebanyak tiga kali bagi setiap teguk.



kalian tahu x kenapa???



kenapa kita x boleh bernafas ketika minum?

ha...ni yg saya nak cerita ni...


hari tu, masa kelas anatomy and function 2, kitorang belajar pasal digestive system.
meh saya bagitau sikit pasal digestive system...

saluran pencernaan kita atau dikenali sebagai digestive tract terdiri daripada mulut, pharynx, esophagus, perut, usus kecil, usus besar dan anus...




kat bahagian pharynx, terbahagi kepada 3 part, nasopharynx, oropharynx dan laryngopharynx. oropharynx dan laryngopharynx berfungsi sebagai pencernaan dan pernafasan. manakala nasopharynx berfungsi untuk pernafasan sahaja bukan untuk perncernaan.. nasopharynx akan tertutup bilamana makanan telah dikesan melalui mulut dan makanan akan teruskan perjalanan ke pharynx...



bila makanan melalui pharynx (kerongkong), nasopharynx akan tertutup dan epiglottis yang berperanan sebagai penyekat saluran makanan (esophagus) ATAU saluran pernafasan (trachea) akan menutup saluran pernafasan (trachea) bagi memberi laluan kepada makanan untuk masuk ke saluran pemakanan (esophagus) dan seterusnya ke perut...


cuba kita bayangkan...

jika kita bernafas sambil minum, apakah yang akan terjadi???

sudah tentu epiglottis yang berperanan untuk menutup saluran pernafasan ATAU pemakanan tidak boleh untuk menutup salah satu. sebab itulah kekadang kita tersedak ketika sedang makan...


ISLAM ITU INDAH~
Allah dah bagi kita petunjuk dan cara yang betul dalam melakukan sesuatu perkara walau sekecil2 perkara...

kenapa kita masih tidah bersyukur dan susah untuk melaksanakan perintahNya???

besar manalah ibadah yang telah kita lakukan sebagai tanda SYUKUR kita berbanding NIKMAT yang telah Dia berikan...



FIKIR2KANLAH...








No comments:

Post a Comment