Friday, May 7, 2010

~MENGAPA PROFESSION ‘DOKTOR’ DIGILAI RAMAI?~

Kata-kata di wall facebook sahabatku, Amali telah menarik hatiku untuk membacanya. ‘mengapa ramai orang nak jadi doktor?’. Aku rasakan satu kolum dalam Majalah ANIQAH yang bertajuk ‘Beri Manfaat Kepada Orang Lain’ mungkin jawapan kepada pertanyaan Amali itu.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nabi Muhammad SAW, “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.”

Ada segelintir ahli masyarakat yang menggeruni profession doktor ini. Ramai yang mempunyai alasan tersendiri untuk memilih profession ini sebagai profession yang diminati. ‘Tak larat nak bawak la, berat sangat…’ ‘ aku bukan darah daging doktor’, ‘siapa la nak biaya pembelajaran aku kalau aku ambik course tu…’ ‘aku tak boleh la nak tengok darah…’. Itulah alasan yang sering didengari dari telinga ramai student yang menggeruni profession ini.

Bagi yang meminati profession ini, ‘bila aku berjaya jadi doktor, aku nak tolong orang…’ ‘ayah aku doktor, aku pun nak jadi doktor gak la…’ ‘jadi doktor boleh jadik kaya. Aku nak bantu orang yang tak mampu…’ ‘jadi doktor ni nampak macam best je, nampak cam orang banyak ilmu..’ Namun, apa pun alasan mereka, semuanya berkitar dengan ‘kejayaan’ dan ‘kekayaan’.

Muslim yang baik adalah seseorang yang memiliki kejayaan dan kekayaan dan dia turut berkongsi kejayaan dan kekayaan itu dengan orang lain. Sesungguhnya, amatlah beruntung bagi muslim yang berbakti kepada orang lain dengan kejayaan dan kekayaan kepunyaannya dengan titik peluh sendiri serta dari sumber yang halal kerana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan apa yang perlu dijawab di hadapan Allah kelak, dari mana dan ke mana harta dan ilmu kepunyaannya disalurkan. Ilmu dan harta yang dipunyai itulah yang akan menjawab segala bentuk soalan daripada Allah…

Alangkah bahagianya muslim itu... Alangkah ruginya jika peluang itu tidak dilakukan sewajarnya…


Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi dan Nasa’I bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Untuk memberi manfaat kepada orang lain, tidak semestinya kita perlu bijak pandai,
mempunyai ilmu yang menggunung dan mempunyai harta yang menimbun. Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dan dapat wujudkan suasana di mana kehadiran kita akan member manfaat dan bukannya mudarat kepada orang sekeliling kita. Kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti dan kegiatan sepanjang perjalan hidup di dunia yang fana ini. Kitalah yang perlu mencorakkannya supaya dapat mendatangkan manfaat untuk diri dan orang lain.
Namun, sehingga kini, pernahkah anda terfikir, adakah kehadiran diri anda memberi manfaat kepada orang lain ataupun menyusahkan orang lain?


Cuba kita senaraikan perbuatan-perbuatan kita yang telah memberi manfaat kepada orang lain dan telah menyusahkan orang lain. Manakah yang lebih banyak? Adakah kita telah memenuhi hadis di atas? Jawapannya ada dalam diri masing-masing…=)

Tuesday, February 9, 2010

~FACEBOOK, YAHUDI DAN STATUS HUKUM~

Facebook, Yahudi dan Status Hukum

www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman *
Editor : GonjengPO



Soalan 

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz? 

Jawapan 


Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog. 

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook. 

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan. 

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi. 
Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. 

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.


2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?


3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.


4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.


Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Muharram 1431 h

05 Januari 2010 

Sumber : http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/facebook-yahudi-status-hukum.html

Friday, November 13, 2009

~UTUSAN RAJA SEHARI!!!~

Assalamualaikum...
Dengan ini diisytiharkan bahawa akak ana yang ke3, Nurunnajiha akan melangsungkan walimahnya dengan pilihan hatinya, Adzmin pada 21 November 2009 ni (sempena besday pengantin pompuan yang ke25).Kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, terutamanya yang tersenarai kat bawah ni,
  1. x-student TABIKA KEMAS Keratong 10

  2. x-student SK Keratong 8

  3. x-student SBPI Temerloh
  4. student UIA PJ@ UIA Kuantan@ UIA Nilai @ UIA Gombak
jemputlah datang ke rumah kami...boleh jumpe2...ngn adik pengantin pun boleh la...tapi jangan datang ramai2 sangat ek...kang x cukup makanan la pulak...he3...

kat bawah ni pulak ader kad kawen mereka...
ni sampul dier...

ni muka depan...

ni muka belakang...nk jugak letak.ish, penting ni...doa utk pengantin...

ni pulak atur cara majlis...

ni ape ek...name pengantin & ibu bapa pengantin la kot...

ha...ni yang penting ni...plan ke rumah kami...jangan sesat2 tau...nampak ke ni???anggap nmpk je la ek...he3

ni pulak alamat rumah kami...

Di samping berita gembira ni, ada gak berita sedey...

kitorang(sahabat2 UIA) ada nk wt program berupa pengisian untuk adik2 mad'u 1st year pada tarikh yang sama!!!aduish, geram betui...kalo ana g program tu, sape nk tolong kat uma... kalo ana balek uma, sape nk tolong kat program tu...huish...tapi ana rase, mengikut fiqh aulawiyat, ana kena balek uma...mudah2an sahabat2 sume dibantu Allah dalam menegakkan agamaNya...

TAKBIR!!!

Wednesday, November 11, 2009

~DOA RASULULLAH YANG DITOLAK ALLAH~






'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa; "Suatu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid & menunaikan solat sunat 2 rakaat. Maka kami pun turut solat bersama Rasulullah SAW. Kemudian, Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT. Setelah selesai beliau berdoa, maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :'Aku telah bermohon kepada Allah 3 perkara, dalam 3 perkara itu, Dia cuma perkenankan 2 sahaja manakala yang 1 lagi ditolak.









  1. Aku telah bermohon kepada Allah supaya tidak dibinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah.



  2. Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah.



  3. Aku telah bermohon kepada Allah supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi, permohonanku ini telah ditolak.



Apa yang kita lihat hari ini ialah negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, APAKAH INI YANG KITA MAHU???

-sumber DIARI MUKMINAH

Monday, November 9, 2009

~TARBIYAH BUAT SI KECIL~

NUR AISYAH HUMAIRA' BINTI MOHD ARMY

itulah nama anak sedara ana yg sulung sekaligus memegang jawatan sebagai cucu sulong kt kuage kami! oleh kerana beliau merupakan cucu sulong, of course beliau sgt disayangi tetapi tidaklah dimanjakan sgt...(xnk jadi mcm cite anakku sazali)...he3...pengaruh cite P.Ramlee punyer pasal...

hari sabtu haritu, merangkap 7 november genap umonyer 2 tahun...

dari dulu umi Aisyah dh ajar,'Aisyah, Aisyah dh jadi kakak...nt biler umo kakak dh cukup 2 tahun,dh x boleh minum cucumi, tau...' Aisyah pn jawab,'hmm...'
ceh, ye2 je dier nk berenti minum susu umi dier biler cukup 2 tahun nt...bukan boleh pakai ckp dier tu...
berbalik semula pada hari sabtu lepas, ana pn balek la Kajang nk sambut besday dier (makan pnyer pasal, no hal!)...biler time nk potong kek (strawberry chocolate secret resepi pnyer...sedapnyer!) jer...muke dier sedey giler...kitorg pn pelik...pesal la kakak ni sedey jer... dahla besday die...depan kek yg cantik n sedap pn boleh sedey???
musykil2...
siasat punyer siasat, ruper2nyer...dier sedey coz beberapa bulan sblm ni, sume org kata,'kakak,kakak dh xboleh minum cucumi...kakak dh 2 tahun...cucumi kena bagi kt adik Aiman pulak...he3'...

tu yg dier sedey sgt tu...
walaupun dier sayang sgt kt adik barunyer yg amat montel tu, dier x berapa nk boleh berkorban lg demi cucumi yg menjadi favourite dier sejak berumur 1 saat...
kini...dh beberapa hari dier bergelar kakak 2 tahun, dier perlu belajar apa itu berkorban...
berkorban demi adik yg amat montel tu...
itulah tarbiyah buat si kakak kecil...

*menurut kajian, Islam mengajar ibu2 seluruh dunia untuk menyusukan anak mereka sehingga umur anak mereka mencapai 2 tahun sahaja...don't you eager to know why???why3???
*this is because...our brain development akan mencapai tahap sempurna ketika kiter mencapai umur 2 tahun.sebenarnyer, susu badan ibu2 hanya membantu tumbesaran otak baby ketika umur sebelum 2 tahun.so, kalo sesorang kanak2 tu minum gak susu ibu selepas 2 tahun, x memudaratkan, tetapi apabila dier berkongsi susu ngn adiknyer, khasiat susu tu mungkin x dapat 100% oleh adiknyer yg memerlukan khasiat yg lebih untuk tumbesaran otaknyer berbanding kanak2 yg lebih 2 tahun...

-sumber: Dr. Nurin Nadia binti Haji Ngatiman merangkap umi Nur Aisyah Humaira' binti Mohd Army

Saturday, October 31, 2009

~HARI YG MENYEDIHKAN~

hari yg menyedihkan...

kenapa ana cakap cmtu?eh, kenapa ana taip cmtu?



sebenarnya...

ana sedih coz smlm ana cm x buat pape pun...

malam kelmarin letih menunggu tetamu yang tak kunjung tiba.dengar kata ada sahabat dari nilai nak bermalam kt bilik kami...tunggu punyer tunggu, tak datang2 pun...tido kelmarin punyer la lambat...

kononnyer nak jaga hati tetamu n nak muliakan tetamu,x nak tido lagi...tapi kemengantukan ana ada tahapnyer, ana pun syahid dgn harapan agar Allah tahu niat suciku jauh di sudut hati ini...



pagi smlm...

syaitan dirasakan terlalu banyak berada di dalam bilik kami...serta nafsu2 merayau2 dalam setiap sudut dalam jisim badanku...

Ya Allah!!! pesal la malas sangat ni...

Astaghfirullahalazim...Ya Allah...bantulah hambaMu ini...jiwaku meronta

tapi jauh di sudut lain pulak berbisik,'kalo dh malas tu, malas je la...Allah xkn mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnyer sendiri...'

hm...

betul jugak!he3

nak bace buku malas plak...nk memanjakan my laptop, Fa plak pinjam g meeting...nk main Yana punyer cubic, Kak MayD plak pinjam...nk basuh baju, dh basuh smlm...he3, rajin la plak...

huhuhu



tengahari...

seusai solat zohor, 'faezah, jom turun makan...'

tup2...tetibe enset faezah berbunyi...

faezah:jannah, cik kami ajak g kenduri wahida & ust akhil la...nk join x?

jannah:xnk la...cm malas la plak nk kua..

faezah:betol?x menyesal?

jannah:x kot...erm...

huhuhu~

terpaksa la diri ini makan sengsorang...sedey2 =(



petang pula...

pesal la x join je faezah tdi...huhuhu...kn dh AGAK nyesal...

tapi...

rasenyer ptg ni jer agak terisi sket..coz melayan my laptop...surf2...

bagi makan my rohani ni...yg dah meronta2 minta diisi...

sambil2 tunggu adik kesayangan bawak balik my BIG APPLE...

wah!tak sabo rasenyer nk makan mereka!yum... yum...allien...allien...

sabo2...sabo tu 1/2 daripada iman...


malam plak...
x sabo nk tunggu pukul 8 ni...nk ambik duit claim la katakan...
balik2 jer...ngah lalu kt cafe, tetibe faezah panggil,
jannah,mai la makan sekali ngn kami!'
~eh, faezah...2 kali pun bole...hihi
kami pun makan la ngn cik dia, sembang2, eratkan ukhwah, kenal2...

ni la hari yg menyedihkan...
kenapa ana tulis cmtu?maybe ada yg raser, x sedey pn...x sedey langsung...langsung x sedey...

cmni la...
ana raser semalam adalah hari yg ana kurang mengisi makanan rohani...x wt benda yg berfaedah sgt pun...
kan Rasulullah dah kata, org yg berjaya adalah org yg semalam adalah lebih baik drpd harini...
ok,
harini...ana akn wt yg terbaik utk menjadi lebih baik dr semalam!!!
chaiyok2!!!

Saturday, September 26, 2009

~MARILAH MARI, MARI MENULIS~

assalamualaikum...


dah lama rasanya ana x update blog kesayangan ni...huhu

apa tak nye...hendak menulis memerlukan idea yang bernas & usaha yang bersungguh dari penulisnya sendiri...


kalo kita tengok sekarang ni, semakin ramai yang ada blog & menjadikannya sebagai satu wadah untuk menceritakan kisah hidup seharian, pandangan masing2 & ada juga yang menjadikan blog sebagai satu tempat untuk melepaskan perasaan tak puas hati atau bak kata penduduk kg. Jenjarom, untuk mengutuk orang!


ada yang pertikaikan kenapa dalam blog mesti ada orang yang cerita tentang kisah hidup sendiri...

makan ke tak, tido ke tak, bla bla bla...


tapi...

kalo dengan cara tu boleh mengasah minda & sebagai langkah awal untuk memulakan sesuatu penulisan yang bagus, ana rasa xpe...tafadhol2...


ana pn dalam proses nak menjadi penulis yang berjaya..


bak kata pepatah,


rumah panjang susun berjajar,

penghuninya selalu makan ikan;

saya budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan...



oleh itu...

kepada penulis2 sekalian!!!


  1. ana menyeru supaya jangan mudah putus asa...jgn anggap penulisan kita x akan mendatangkan apa2 faedah.at least, kalo orang x baca, kita yang baca!he2

  2. marilah kita sama2 menajamkan minda dengan membaca apa jua jenis pembacaan supaya kita ada idea untuk melontarkan apa2 sahaja ketika menulis atau berkata2

  3. mari meningkatkan kemahiran dgn mengikuti bengkel2 yang diadakan...

dan...dengan itu, ana sebagai student UIA, nak menjemput korang sume g seminar kat bawah ni!!!


p/s: untuk makluman lanjut, klik here http://bukudanpenulisan.blogspot.com/