assalamualaikum...
dah lama rasanya ana x update blog kesayangan ni...huhu
apa tak nye...hendak menulis memerlukan idea yang bernas & usaha yang bersungguh dari penulisnya sendiri...
kalo kita tengok sekarang ni, semakin ramai yang ada blog & menjadikannya sebagai satu wadah untuk menceritakan kisah hidup seharian, pandangan masing2 & ada juga yang menjadikan blog sebagai satu tempat untuk melepaskan perasaan tak puas hati atau bak kata penduduk kg. Jenjarom, untuk mengutuk orang!
ada yang pertikaikan kenapa dalam blog mesti ada orang yang cerita tentang kisah hidup sendiri...
makan ke tak, tido ke tak, bla bla bla...
tapi...
kalo dengan cara tu boleh mengasah minda & sebagai langkah awal untuk memulakan sesuatu penulisan yang bagus, ana rasa xpe...tafadhol2...
ana pn dalam proses nak menjadi penulis yang berjaya..
bak kata pepatah,
rumah panjang susun berjajar,
penghuninya selalu makan ikan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan...
oleh itu...
kepada penulis2 sekalian!!!
- ana menyeru supaya jangan mudah putus asa...jgn anggap penulisan kita x akan mendatangkan apa2 faedah.at least, kalo orang x baca, kita yang baca!he2
- marilah kita sama2 menajamkan minda dengan membaca apa jua jenis pembacaan supaya kita ada idea untuk melontarkan apa2 sahaja ketika menulis atau berkata2
- mari meningkatkan kemahiran dgn mengikuti bengkel2 yang diadakan...
dan...dengan itu, ana sebagai student UIA, nak menjemput korang sume g seminar kat bawah ni!!!
p/s: untuk makluman lanjut, klik here http://bukudanpenulisan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment