Tuesday, March 8, 2011

~KAKAK AISYAH~


Aisyah (baju kurung maroon, berdiri kanan sekali), Aiman (duduk) dan sepupu2 mereka
bismillahirrahmanirrahim...
tetibe terasa rindu pada anak sedara sulung saya, Nur Aisyah Humaira' binti Mohd Army...


Aisyah masa kecil

ingat lagi, kali pertama melihat wajahnya, ketika saya form 5 di SBPI Temerloh,..masa tu, time prep malam, saya tergerak hati untuk call kakak ke2, kak lin. rupa2nya, dia dah selamat melahirkan cucu sulung nenek dan atok...beberapa hari lepas tu, diorang singgah ke SBPI Temerloh untuk melawat acik Jannah...


lihat wajahnya yang masih bersih suci daripada dosa, sayu rasanya,.. terasa kerdil diri ini yang sudah lama hidup di dunia dan bergelumang dengan dosa...


ketika saya di CFS UIA PJ, asal ujung minggu je, saya akan balik ke rumah kakak saya,..untuk melawat anak sedara kesayangan...rasa satu kepuasan pabila melihatnya membesar depan mata...dari meniarap, merangkak, duduk, berjalan, berlari, memanjat...tapi, kakak Aisyah (nama panggilannya di rumah) x merangkak. dia boleh terus duduk...


sejak mula pandai bercakap satu suku kata, kepada dua suku kata, kepada beribu2 kata,..saya sering merindui suara dan kata2 bernas keluar dari mulutnya...kalau dulu, dia hanya boleh memanggil saya, 'Anna'...tapi, sekarang, dah boleh nyanyi lagu untuk acik Jannah sorang ni, 'Acik Jannah, acik Jannah, E, I, E, I, O...' kak yan (kakak sulung saya) yang terdengar dia menyanyi, gelak terbahak2, x sangka dia dah boleh buat lagu untuk orang...



Aisyah dengan pakaian seragam Genius Aulad (posing cam orang besar...)


huih...gembira no, g sekolah ea...

budak2, perlu diajar dengan ajaran agama dari kecil lagi. jangan sampai dah nak puberty, baru nak ajar solat, ngaji, pakai tudung,...

Kakak Aisyah seorang yang mudah mengikut apa yang kita ajar,..yang baik mahupun buruk. pernah dulu, dia terikut2 kata2 anak pengasuhnya, yang bercakap perkataan 'bodoh'...dia pun, apa lagi, dah dapat perkataan baru, dia aplikasikan kepada adiknya, Aiman...huhu~

puas gak nak ajar dia supaya jgn cakap perkataan tu...kekadang kalau kita tegur dia, walau se berhikmah mana pun, dia akan protes, sampai pulaukan kita...hu~ 'buang acik Jannah, buang acik Jannah kat Giant...acik Jannah jayat (jahat)...'huhu~

Aisyah dan kawannya di Genius Aulad


he3,...yang sokmo kena buang dengan dia, sape lagi, saya dengan abi dia...sokmo menyakat dia...tapi yang x tahan tu, buang kat Giant,..hu~

tapi, ada satu benda yang saya rasa hairan sampai sekarang,,..benda yang kita x ajar pun, dia kata, kita ajar dia...

contohnya, pernah sekali, bila saya dan mereka sekeluarga keluar, dia nampak lambang 1 Malaysia, dia terus cakap kuat2, '1 Malaysia!!!' huish, excited sungguh dia laungkan perkataan keramat tu,..sape ntah ajar...lagi satu, dia pernah nyanyi lagu nenek2 si bongkok tiga... umi dia pelik la, sapa yang ajar dia lagu tu, dia kata, 'acik Jannah la yang ajar kakak...'. padahal, sekali pun saya x pernah ajar dia lagu tu...lagi satu 'grand livina'. dia kata, saya yang ajar, berulang2 kali kita tanya siapa ajar, dia tetap cakap acik Jannah yang ajar, pelik2...xtau la sapa yang ajar dia...hu~

tapi, sekarang, Alhamdulillah, dia dah lupa perkataan yang xbaik tu, sebabnya, banyak benda lain yang dia perlu ingat, termasuk pelajaran di sekolah!!!


sekarang, dia dah berumur 3 tahun 4 bulan. kalau ikut tahun masihi, dia dah 4 tahun. sekarang, dia belajar di sekolah Genius Aulad. sejak dia masuk sekolah tu, saya jarang pergi ke rumah diorang utk update perkembangan budak2 ni sejak saya masuk UIA Kuantan...huhu~ sedeynyer~~

tapi, henset kan ada,..saya sokmo call umi diorang untuk update segala2nya...sekarang, kakak Aisyah dah pandai speaking...dah pandai baca bacaan dalam solat, sujud, rukuk, surah al-Fatihah,.. Alhamdulillah,...kalau orang tanya, 'Aisyah, what is your name?' dia dengan lajunya jawab 'my name is Nur Aisyah Humaira' binti Mohd Army!!!'

kat sekolah dia, budak2 ni diajar untuk baca oath...pernah sekali tu, kakak Aisyah tengah main2, sambil tu dia cakap, 'Allah is my God! Rasulullah is my prophet and the messenger of Allah! Ka'abah is my kiblat!' pastu, ape ntah dia cakap lagi,...

Allahu Akbar, saya sgt dengan kecerdasan mindanya tapi, x pelik la, Allah mampu buat apa sahaja yang diinginiNya...Alhamdulillah, kakak saya dikurniakan anak yang sihat mental dan fizikal...

Allah, peliharalah keluargaku dari segala kejahatan jin dan manusia...agar kami sentiasa dalam rahmatMu....

Thursday, March 3, 2011

~PHONE DAN NIKMAT~

bismillahirrahmanirrahim...

ingin berkongsi satu kisah realiti...

pada suatu malam~
kak XX: jannah, boleh tolong ambil akak kat terminal tak?dalam pukul 9mlm. akak baru balik dari rumah ni,...
jannah: bole2, insyaAllah...tunggu kat depan alamoda ea...

setibanya di terminal~
kak XX: jannah, phone akak kena curi...
jannah: astaghfirullah...kat mana?
kak XX: tadi, masa akak tengah solat...akak letak beg kat belakang, sandarkan kat dinding, phone tu letak kat kocek tepi beg, lepas solat je, dah hilang. dah la phone tu baru beli...
jannah: xpe2, nanti saya try call phone akak. (bila saya call, tak dapat...). tak dapat la kak...takde rezeki la tu...nanti esok kita gi celcom center,..
kak XX: terima kasih...

setibanya di UIA~
jannah: saya nak tanya, kenapa akak nampak tenang je ea? padahal tengah hilang phone, akak nampak senang je nak redha dengan kehilangan phone tu...
kak XX: yela, tak semestinya semua barang kita sekarang ni adalah hak kita, mungkin ada hak orang lain juga,..sebab tu la kita diwajibkan membayar zakat dan disunatkan bersedekah...
tapi,..akak rasa akak tahu kenapa phone akak hilang...
jannah: kenapa?
kak XX: akak rasa, sebab akak dah lama tak call mak akak...sebab tu la Allah nak tarik nikmat phone tu...akak dah kufur nikmat yang Allah bagi kat akak...akak tak jalankan tanggungjawab akak sebagai seorang pengguna phone terhadap parents akak...salah satu kegunaan phone tu adalah untuk kita call parents kita, tanya kesihatan dan keperluan mereka, curahkan kasih sayang kita kepada mereka...
jannah: Allahu Akbar...besar sungguh peringatan Allah kepada hambaNya...peringatan yang direct tapi kekadang kita lihat ia hanya sekadar kecuaian kita dan kesalahan orang lain...kekadang jika kita terhilang barang, kita akan terus salahkan orang yang melakukan perbuatan itu, tanpa nilai semula diri kita, adakah itu semua berpunca daripada salah kita sendiri...

jadi,
sama2lah kita renungi dan muhasabah semula setiap perkara dan ujian yang berlaku kepada kita...mungkin itu adalah tarbiyyah Allah kepada kita untuk kita ingat terhadap kewajipan dan larangan Allah...

Tuesday, February 22, 2011

~TAUBAT SEORANG HAMBA~

bismillahirramanirrahim...

ngah buat assignment optometrical instrumentation sambil dengar lagu, tetibe rasa sayu dengar satu lagu ini,...
Ya Allah, betapa banyak dosa yang kulakukan sepanjang umurku,...
adakah Kau masih terima taubatku???

hati hiba mengenangkan dosa2 yang kulakukan,
oh Tuhan Maha Kuasa,
terima taubat hamba berdosa,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini,

telah aku merasakan,
derita jiwa n perasaan,
kerana hilang dari jalan,
menuju redhamu Ya Tuhan,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan diri,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini,

dihamparan ini,
ku meminta moga tubatku diterima,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan diri,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini.... (2x)

~Hafiz - Irsyadee~

Saturday, February 19, 2011

~BAITUL MUSLIM COURSE~

STUDENT IIUM KUANTAN!!!!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!
meh pakat ramai2 g kursus kahwin!!!
dapat menambah ilmu untuk menjadi isteri2 dan suami2 yg diredhai Allah,...
jgn malu2, g kursus kahwin, tak semestinya dah nak langsungkan perkahwinan....
juz nk tambah ilmu di dada,...
~BAITUL MUSLIM MEDAN TARBIYYAH~

Wednesday, February 16, 2011

~WHY OUR IRIS LOCATED AT THE LENS?~

bismillahirrahmanirrahim...
adakah anda tahu, dalam mata kita terdapat satu bahagian tu yang dinamakan iris. saya bukan nak cerita pasal cerita IRIS, tapi, nak cerita kekaguman saya pada ciptaan Allah yang sangat luar biasa dan ini menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT...

SUBHANALLAH...
sebelum saya cerita lebih lanjut tentang iris, mari kita lihat anatomi mata kita...


iris merupakan struktur bulat yang terletak di depan lens dalam mata kita...jika kita lihat secara kasar, iris dilihat seperti melekat pada depan lens.

persoalannya, kenapa iris mesti terletak di situ?kenapa bukan depan sedikit daripada lens atau di belakang lens?

hal ini kerana...

untuk mengelakkan distortion berlaku...
apa itu distortion?
distortion adalah keadaan di mana apabila berlakunya pelbagai magnification di jarak yang berbeza dari lens. hal ini bukannya disebabkan oleh kurangnya kejelasan kualiti imej.
atau, stop berada bukan pada tempatnya.

apa itu stop?

stop bertindak sebagai pengehad cahaya yang akan melalui sesuatu kawasan. ia adalah untuk memotong cahaya yang tidak diperlukan.

contoh mudah bg stop adalah, CD. CD tersebut adalah stop dan bukaan di tengahnya dinamakan bukaan stop. apabila cahaya melalui stop (CD), cahaya yang tidak diperlukan, iaitu di bahagian tepi akan terpotong dan cahaya di bahagian tengah sahaja dibenarkan melalui stop tersebut. jadi, imej akan lebih fokus dan tajam...

terdapat 2 jenis distortion, iaitu pincushion dan barrel.



pincushion distortion akan berlaku apabila stop terletak di belakang lens...
manakala barrel distortion belaku apabila stop berada di depan lens...


untuk mengelakkan kedua2 distortion berlaku,


  1. stop mesti diletakkan di lens

  2. letak stop di antara dua lens

  3. guna orthoscopic doublet

  4. guna ramsden eye piece

oleh kerana mata kita hanya ada 1 lens, jadi, langkah yang pertama adalah yang paling tepat dan berkesan. stop mesti diletakkan di lens, seperti mata kita!!!

SUBHANALLAH...

tanpa kita sedari, Allah dah tahu segalanya tentang kita sebelum kita diciptakan dan sebelum kita tahu tentang diri kita...walau sekecil2 perkara...

jadi, janganlah kita kufur nikmat yang telah Allah berikan kepada kita... lihatlah perkara2 yang Allah izinkan, bukannya perkara yang Allah larang...

Sunday, February 13, 2011

~MATA DAN UV~

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, bru je abeh exam subjek ocular anatomy...dengan bantuan Allah melalui Dr. Ahmed Momoh Tahiru, beliau byk tolong kami...termasuk la bagitau topik apa yang masuk exam...huhu~

subjek ni sangat best, tapi makin byk kita belajar tentang sesuatu perkara, makin byk rasanyer ilmu yg kita xtau...yela, ilmu Allah tu sangat luas, kita hanya pinjam daripadaNya terlalu3 sikit...


nak tau tak...makin byk saya belajar pasal diri manusia ni, makin tinggi tahap kekaguman saya pada kekuasaan Allah...Subhanallah...


contohnyer,

ramai orang tahu, kat dalam sinaran cahaya matahari, terdapat ultraviolet radiation atau radiasi UV. free radical adalah hasil daripada proses metabolik. penyerapan UV ni boleh menyebabkan perubahan dalam tisu badan dan terjadinya pembentukan free radical. free radical membantutkan proses2 sel dalam badan dan menyebabkan kerosakan sel.


kita sering mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena kulit?

tapi, pernahkah kita mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena mata?


sebenarnyer, terdapat bahan2 yang boleh menghalang kerosakan tersebut, iaitu glutathione dan ascorbic acid.


lebih mengagumkan, bahan2 ini terdapat di aqueous humor yang terletak di depan lens dalam mata kita...!!!bahan2 tersebut ada di dalam mata kita tanpa kita perlu meletakkannya sendiri utk halang UV!!!


SUBHANALLAH...

betapa hebatnyer ciptaan Allah terhadap manusia...itu baru sekecil2 sel dalam badan..!!


Allah dah berfirman,

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kamudian Kami balut tulang2 itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik2 Pencipta."- Surah al-Mukminun ayat 14


kesimpulannya, begitu hebat Allah ciptakan kita dan begitu byk nikmat yang Allah beri kepada kita, kenapa kita masih tegar utk sujud dan bersyukur kepadaNya???

Monday, February 7, 2011

~NAK BERGAUL???~



bismillahirrahmanirrahim...


tetibe rase cam nak share sesuatu...


saya rasa sangat risau ngan kawan2 lama...xtau ntah kat mane, ntah camane hidup diorang skang, dengan sape diorang berkawan, apa khabar iman diorang....???




Allah...bantu lah mereka, guide their life Ya Allah...




nak dijadikan cerita, pada suatu hari....


saya dan kawan lama saya ber'chat' di FB, pastu, dia tanya, "Islam ni memang xkasi kita bersosial la ea?"






bukan camtu...


dalam Islam, ada situasi di mana Islam membenarkan kita untuk bergaul antara lelaki dan perempuan...


hukum sebenar pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram. walaubagaimanapun,


menurut jumhur ulama', pergaulan lelaki dan permpuan diharuskan dalam beberapa keadaan, iaitu:




1. DARURAT



-darurat yang dimaksudkan adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang. contohnya, jika terdapat satu keadaan di mana seorang wanita berada dalam keadaan bahaya, harus bagi seorang lelaki untuk bergaul dengannya untuk memberi perlindungan kepada wanita tersebut. pergaulan atas alasan darurat hanya boleh sekadar menghilangkan bahaya tersebut.



-keadaan yang mengancam nyawa juga termasuk dalam darurat. oleh itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan dalam jihad berperang demi musuh Islam untuk menjaga agama.



riwayat al-Rabi' binti al-Mu'awwiz bahawa beliau telah berkata:



Maksudnya:



"Kami (kaum wanita) telah keluar bersama2 Nabi SAW (berperang). kami memberi minum dan merawat tentera yang cedera dan membawa pulang tentera yang terbunuh ke Madinah"- Hadis riwayat al-Bukhari



2. KEPERLUAN ATAU HAJAT



-keperluan adalah suatu perkara yang mesti ada tetapi tak sampai ke tahap darurat. jika keperluan tidak dipenuhi, kehidupan menjadi tidak lengkap. bagi keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan.



antara keperluan tersebut adalah:



a) muamalat maliyyah (urusan harta)



perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan melibatkan harta seperti jual beli atau lain2 transaksi. ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak. ini termasuk urusan di bank, pasaraya, kedai dan sebagainya.



b) penyaksian (urusan mahkamah)



penyaksian wanita diterima syarak dalam kes tertentu.



firman Allah:



Maksudnya:"Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu. kemudian jika tidak ada dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang wanita daripada orang2 yang kamu persetujui."- Surah al-Baqarah:282



jadi, jika wanita terpaksa menjadi saksi dan keadaan itu memaksanya bergaul dengan lelaki, maka keadaan ini dibolehkan.



c) urusan kerja



wanita diharuskan keluar dari rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. urusan kerja biasanya melibatkan pergaulan lelaki dan wanita. tambahan pula, bilangan tempat kerja yang mengasingkan lelaki dan wanita secara total amat terhad. dalam sirah, Umar al-Khattab RA pernah melantik al-Syifa' (seorang wanita) untuk menjadi penguatkuasa di pasar. perbuatan ini menunjukkan harus bagi wanita bergaul dengan lelaki atas urusan kerja.



d) keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat



wanita boleh keluar rumah selagi tujuan dia keluar tidak bertentangan dengan syarak. contohnya, dalam kenderaan awam, dibolehkan atas alasan ia adalah keperluan yang mendesak. percampuran wanita dan lelaki dibolehkan dengan menjaga batas2 syarak dalam pergaulan.



3. PERGAULAN MENGIKUT ADAT DALAM MAJLIS2



-pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis keramaian seperti kenduri, atau majlis bersempena dengan sesuatu dibolehkan. begitu juga ziarah keluarga, jiran, sahabat, melayan tetamu dan sebagainya.



* Namun, keharusan2 ini tertakluk kepada batas2 pergaulan antara lelaki dan wanita yang telah ditentukan syarak. pergaulan akan kembali menjadi haram sekiranya batas2 pergaulan tidak dijaga oleh kedua2 belah pihak...

* ISLAM ITU INDAH~ Islam bukanlah satu agama yang nak mengekang segala2nya kepada umatnya. tetapi, Allah telah menetapkan guidance (petunjuk) untuk hambanya dengan adanya PERINTAH dan LARANGANNYA...