Tuesday, August 18, 2009

~ADA APA DENGAN H1N1?~

Assalamualaikum...

apa berita paling sensasi sekarang ni???

ana rasa anak saudara ana yang lagi 3 bulan nak cukup 2 tahun pun tahu.H1N1!!!
apa yang kita tahu tentang penyakit yang semakin menjadi2 ni?
  1. kalau hadapi simptom selesema, batuk, demam sukar untuk bernafas, pening kepala, sakit tekak anda mungkin menghidap H1N1
  2. minum air susu & buah
  3. makan makanan yang dibuat dari buah kerana pihak Hospital Sultanah Aminah Johor telah menjalankan kajian bahawa minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1
kalau kita lihat, penyakit ni berasal dari Amerika Syarikat. sebarang kemungkinan boleh berlaku tentang bagaimana penyakit ini boleh wujud di muka bumi ini, siapakah dalangnya & bagaimana ia boleh tersebar dengan begitu pantas!

tetapi kita sebagai hambaNya hanya mampu redha dengan apa yang telah berlaku...
mungkin ada hikmah disebaliknya...Wallahua'lam...

apa yang ana nak cuba sampaikan di sini, sejauh mana usaha kita sebagai seorang muslim bergerak meneruskan perjuangan kita menegakkan agama kebenaran ni???

adakah usaha kita untuk menjauhi diri kita dari penyakit ini setimpal dengan usaha kita mendekatkan diri kepada Allah???

adakah kita telah bersusah-payah mengelakkan diri daripada penyakit ini sehingga kita mencari pendekatan untuk hanya berdiam diri berpeluk tubuh daripada menjalankan amanah Allah daripada terus menegakkan amar ma'ruf nahi munkar???

sebanyak mana usaha yang telah kita laburkan kepada Allah untuk mencegah segala virus maksiat yang telah bernanah di hati masyarakat terutamanya remaja???

sama2 kita fikirkan...

Wednesday, August 5, 2009

~NIKMAT@UJIAN~

assalamualaikum...
dah lama rasanya insannajah tak update blog ni...
rase seperti telah mengabaikan satu jalan dakwah dalam kamus hidup sebagai seorang student merangkap dai'e...

hari ni insannajah belajar banyak perkara.hari ni insannajah telah dihinggapi selesema setelah 2 hari mendapat sorethroat...


inilah ujian Allah dalam menguji keimanan hamba2nya...
ujian ini kita takkan dapat dalam kertas soalan exam mid ataupun final.inilah ujian free yang Allah akan menjadi pemeriksanya...

namun,

insannajah bersyukur kerana dengan adanya selesema ni, insannajah tak cakap banyak. kurang cakap, kurang dosanya...
bak kata pepatah Arab, lidah itu lebih tajam daripada pedang...
cuba bayangkan, kalau Allah tak turunkan nikmat@ujian ni kepada insannajah, entah apalah yang insannajah akan cakap hari ni.sekaligus, entah berapa orang yang insannajah akan sakitkan hatinya.dan juga entah berapa banyak dosa yang insannajah akan tanggung...manalah kita tahu...

Allah Maha Mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui...

Thursday, July 9, 2009

~YA RABBI~


sesungguhnya Engkau tahu
bhw hati ini tlh berpadu
berhimpun dlm naungan cintaMu
bertemu dlm ketaatan
bersatu dlm perjuangan
menegakkan syariat dlm kehidupan


kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tujukkilah jalan2nya
terangilah dgn cahayaMu
yang tiada bandingannya
Ya Rabbi,
pimpinlah kami...


rafa'kanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dgn makrifatMu
matikan dlm syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukkilah jalan2nya
terangilah dgn cahayaMu
yang tiada bandingannya


Ya Rabbi...
pimpinlah kami...

Monday, July 6, 2009

~WAHAI ALLAH~

Ya Allah...
Kuatkanlah kakiku untuk terus berada di jalan perjuangan ini,
Walau pelbagai dugaan melanda,
Tetapkanlah hatiku,
Walau hanya Engkau yang berkuasa membolak-balikkan hati hamba2Mu,
Janganlah Engkau bolak-balikkan hatiku,
Ya Allah...

Ya Allah...
Kuatkanlah kebergantunganku kepadaMu,
Janganlah Engkau membiarkan kami bergantung kepada nasibku semata,
Mahupun makhlukMu yang tiada kekal lama,
Sesungguhnya kepada Engaku sahaja tempat untukku bergantung & mengadu nasib...

Monday, June 15, 2009

~QAILULAH VS SAINS~

Tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah, sering kali oleh Rasulullah. Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,


"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah satu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."


Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai satu kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.


Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata,

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari. sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun daripada tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur."




Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.




Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.


Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.
Dr. james Maas

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.



Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.


~dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden~

Tuesday, June 2, 2009

~WAHAI HAWA~

HAWA...
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lumbut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggokan tubuhmu,
JANGAN HAWA JANGAN...
jangan sesekali menaikkan perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan & kebencian Allah,
jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga akan menggoncang iman lelaki...
HAWA...
janji Allah itu pasti, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...


hasil nukilan sahabat~

~AKHAWAT SEJATI~

Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,
tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada disebaliknya..

Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya..

Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan
tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu..

Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan...

Akhwat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara...

Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya...

Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan
tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda...

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur...

Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam pergaulan...

Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu???

Pelajarilah tentang mereka
merekalah ISTERI RASULULLAH S.A.W