Monday, January 3, 2011

~TATKALA JARI INGIN MENARI~

bismillahirrahmanirrahim...
Allahu Akbar...

jari mula menari
tatkala hati mula terdetik
minda mula berfikir
akal mula berbisik kepada diri
betapa lama aku telah membiarkan blog yg disayangi tidak dihias
dengan kata2 hikmah mendidik diri
diri sendiri mahupun orang lain...
membiarkan blog ciptaan manusia yg telah diilhamkan oleh Allah
untuk kebaikan atau keburukan manusia
semuanya terletak pada diri sendiri
mahu yg haq atau yg batil...
astaghfirullahalazim...
ampuni dosaku Ya Allah
telah mengabaikan satu tanggungjawabku kepada ummat
walaupun terdapat byk lagi wasilah
namun aku telah mengabaikan wasilah yg satu ini Ya Allah
mengapa?
kesibukan dijadikan alasan
tetapi, alasan hanya tinggal alasan...
bantulah aku Ya Allah...
untuk memanfaatkan masa sebaiknya
berilah keberkatan dalam setiap detik yang Kau berikan kepadaku
masa yang diberi olehMu 24 jam setiap insan
yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...

No comments:

Post a Comment