Friday, January 21, 2011

~KERANA SEKEPING ROTI~


bismillahirrahmanirrahim...


dah lama x berkongsi cerita dengan kalian. kali ni, saya tetibe rasa nak cerita tentang sekeping roti...
sekadar gambar hiasan.bukan roti sandwich yang diceritakan...

PADA SUATU HARI~


saya rasa nak buat satu eksperiment untuk mengetahui kebenaran kata2 pak cik saya pada Raya Aidilfitri yang lalu. meh saya cerita sikit pasal pak cik saya ni~




beraya di rumah acik Jalil-berbaju kuning




CERITANYA MACAM NI~

dia kata,"kenapa kita wajib bayar zakat? sebab, sebenarnyer, semua harta yang kita ada sekarang ni bukan totally milik kita. ada milik orang lain jugak.

jadi, cara untuk membersihkan harta kita daripada memiliki harta yang bukan milik kita, kita kena bayar zakat. nak dijadikan cerita, pernah satu masa tu, acik (pak cik saya bahasakan diri) nak keluar rumah naik grand livina (kereta yang dia baru beli). dengan tak semena2, acik terlanggar tembok garaj.

bayangkan!!! acik yang dah berpuluh2 tahun bawak kereta, dengan baru je nak keluar rumah, tak mengantuk, tetibe terlanggar tembok! acik pun pikir punyer pikir, kenapa perkara tu boleh berlaku? setelah berbincang dengan mak cik kau ni, rupe2nyer baru kitorang perasan yang kitorang ni dah terlupa nak bayar zakat untuk sebulan! ni baru sebulan, Allah dah nak bagi sign. pastu, acik terus je gi bayar zakat yang tertunggak tu.




nak tau kisah selanjutnyer???


ha...nak dijadikan cerita, tak sampai 3 hari, tetibe ada sorang kawan acik ni datang rumah. dia kata, "nah Jalil (nama pak cik saya), rm2000 berserta tiket penerbangan dua orang untuk melancong ke Sabah. ntah kenapa, aku rasa nak bagi hadiah ni kat kau. nah, ambik la..." pak cik saya, apa lagi, terkejut la dengan rezeki turun dari langit ni...


DID YOU BELIEVE THIS STORY???


cerita ni bukan cerita hikayat atau fantasi semata2. tetapi ada kaitan dengan yang hidup dan yang meninggal dunia. kat akhirat nanti, jangan kita lupa, Allah akan tanya kita, dari mana kita dapat harta yang kita ada, ke mana kita salurkan harta tu...jadi, sebelum Allah tanya kita, baik kita tanya diri sendiri dulu..."


~WAHAI DIRI, DARI MANA AKU DAPAT HARTA YANG AKU ADA SEKARANG??? DAN KE MANA AKU SALURKAN HARTA AKU???~





ok, kita berbalik kat cerita saya yang awal2 tadi...yang saya ada tulis:

PADA SUATU HARI~

saya dengan terasa ingin tahu apa yang akan berlaku sekiranya kita belanja orang, nak try la belanja sorang sahabat saya ni dengan sekeping roti sandwich sardin kesukaannya. sebab, pak cik saya ada cakap, "jannah, kalau kau tak percaya dengan cerita acik ni, cuba lah belanja orang. sekali pun cukup la...cuba jer belanja orang sekali, tengok, apa akan berlaku lepas tu..."


nak tau apa yang berlaku???

pada petang tu, kat cafe, saya gi beli makanan...

pastu, terdetik kat hati, bestnyer kalo dapat beli ABC ni...terliur pulak rasanyer...tapi, saya x beli pun sebab hari ni dah habiskan rm6 utk makan tengahari n malam (budget harian la kononnyer...). tetibe, tengah duduk2 kat cafe tu, ada sorang sahabat saya ni kata, "nah, jannah, ambik la ABC ni, tadi ada orang belanja saya...ambik je..."

so???bukankah Allah dah janji, bahawa Allah akan lipat gandakan harta bagi sesiapa yang bersedekah??


TAK PERCAYA???TRY LA BELANJA ORANG, TENGOK APA YANG BERLAKU!!!

No comments:

Post a Comment