Monday, February 7, 2011

~NAK BERGAUL???~



bismillahirrahmanirrahim...


tetibe rase cam nak share sesuatu...


saya rasa sangat risau ngan kawan2 lama...xtau ntah kat mane, ntah camane hidup diorang skang, dengan sape diorang berkawan, apa khabar iman diorang....???




Allah...bantu lah mereka, guide their life Ya Allah...




nak dijadikan cerita, pada suatu hari....


saya dan kawan lama saya ber'chat' di FB, pastu, dia tanya, "Islam ni memang xkasi kita bersosial la ea?"






bukan camtu...


dalam Islam, ada situasi di mana Islam membenarkan kita untuk bergaul antara lelaki dan perempuan...


hukum sebenar pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram. walaubagaimanapun,


menurut jumhur ulama', pergaulan lelaki dan permpuan diharuskan dalam beberapa keadaan, iaitu:




1. DARURAT



-darurat yang dimaksudkan adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang. contohnya, jika terdapat satu keadaan di mana seorang wanita berada dalam keadaan bahaya, harus bagi seorang lelaki untuk bergaul dengannya untuk memberi perlindungan kepada wanita tersebut. pergaulan atas alasan darurat hanya boleh sekadar menghilangkan bahaya tersebut.



-keadaan yang mengancam nyawa juga termasuk dalam darurat. oleh itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan dalam jihad berperang demi musuh Islam untuk menjaga agama.



riwayat al-Rabi' binti al-Mu'awwiz bahawa beliau telah berkata:



Maksudnya:



"Kami (kaum wanita) telah keluar bersama2 Nabi SAW (berperang). kami memberi minum dan merawat tentera yang cedera dan membawa pulang tentera yang terbunuh ke Madinah"- Hadis riwayat al-Bukhari



2. KEPERLUAN ATAU HAJAT



-keperluan adalah suatu perkara yang mesti ada tetapi tak sampai ke tahap darurat. jika keperluan tidak dipenuhi, kehidupan menjadi tidak lengkap. bagi keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan.



antara keperluan tersebut adalah:



a) muamalat maliyyah (urusan harta)



perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan melibatkan harta seperti jual beli atau lain2 transaksi. ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak. ini termasuk urusan di bank, pasaraya, kedai dan sebagainya.



b) penyaksian (urusan mahkamah)



penyaksian wanita diterima syarak dalam kes tertentu.



firman Allah:



Maksudnya:"Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu. kemudian jika tidak ada dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang wanita daripada orang2 yang kamu persetujui."- Surah al-Baqarah:282



jadi, jika wanita terpaksa menjadi saksi dan keadaan itu memaksanya bergaul dengan lelaki, maka keadaan ini dibolehkan.



c) urusan kerja



wanita diharuskan keluar dari rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. urusan kerja biasanya melibatkan pergaulan lelaki dan wanita. tambahan pula, bilangan tempat kerja yang mengasingkan lelaki dan wanita secara total amat terhad. dalam sirah, Umar al-Khattab RA pernah melantik al-Syifa' (seorang wanita) untuk menjadi penguatkuasa di pasar. perbuatan ini menunjukkan harus bagi wanita bergaul dengan lelaki atas urusan kerja.



d) keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat



wanita boleh keluar rumah selagi tujuan dia keluar tidak bertentangan dengan syarak. contohnya, dalam kenderaan awam, dibolehkan atas alasan ia adalah keperluan yang mendesak. percampuran wanita dan lelaki dibolehkan dengan menjaga batas2 syarak dalam pergaulan.



3. PERGAULAN MENGIKUT ADAT DALAM MAJLIS2



-pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis keramaian seperti kenduri, atau majlis bersempena dengan sesuatu dibolehkan. begitu juga ziarah keluarga, jiran, sahabat, melayan tetamu dan sebagainya.



* Namun, keharusan2 ini tertakluk kepada batas2 pergaulan antara lelaki dan wanita yang telah ditentukan syarak. pergaulan akan kembali menjadi haram sekiranya batas2 pergaulan tidak dijaga oleh kedua2 belah pihak...

* ISLAM ITU INDAH~ Islam bukanlah satu agama yang nak mengekang segala2nya kepada umatnya. tetapi, Allah telah menetapkan guidance (petunjuk) untuk hambanya dengan adanya PERINTAH dan LARANGANNYA...



No comments:

Post a Comment