Saturday, September 4, 2010

~HYPONATREMIA ADA DALAM AL-QURAN~

bismillahirrahmanirrahim...

korang tahu x pasal 1 penyakit ni, HYPONATREMIA???

hyponatremia ni sejenis penyakit yang relate dengan electrolyte imbalance dalam tubuh kita. tanda2 penyakit ni sangat general, seperti: sakit kepala, kurang tidur, keletihan, terasa lemah, hilang selera makan, muntah atau terasa keinginan nak muntah. penyakit ni boleh membawa kepada pengsan, sawan dan muscle cramp.

electrolyte imbalance boleh dikatakan sebagai ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. hal ini boleh disebabkan kerana kurang minum air yang berelektrolit atau minum plain water terlalu banyak. oleh sebab itu, elektrolit dalam badan akan kurang dan boleh menyebabkan mendapat hyponatremia.

apa yang ana nak bawakan di sini, adakah anda percaya jika ana kata:

HYPONATREMIA TELAH DIKATAKAN DALAM AL-QURAN SEJAK IA DITURUNKAN?

dalam Surah Al-Baqarah ayat 249, Allah telah menceritakan tentang penyakit ini!

ayat ini berkisar tentang sejarah di mana tentera muslimin iaitu tentera Talut sedang menghadapi peperangan dengan tentera kuffar iaitu tentera Jalut. ketika kedua2 pihak sedang berehat, Allah telah memerintahkan mereka untuk meminum air sungai yang berdekatan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. tentera muslimin akur dengan kata2 Allah tetapi tentera kafir enggan mendengar arahan Allah itu. nak dikatakan cerita, tentera muslimin menang peperangan itu walaupun bilangan mereka sangat sedikit dibandingkan dengan tentera kafir dengan izin Allah.

kita boleh lihat dalam kisah ini, bagaimana setiap arahan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah disebaliknya. lihat, tentera muslimin hanya minum air sungai itu di mana ia adalah plain water dalam kuantiti yang sedikit ketika menghadapi aktiviti berat di mana mereka sedang berperang dan akhirnya, mereka menang dalam bilangan tentera yang sangat sedikit.

kisah ini sangat relate dengan penyakit HYPONATREMIA: kita tidak boleh minum plain water dengan terlalu banyak untuk menghindarkan diri daripada mendapat penyakit ini.

ALLAH IS THE GREAT. Dia yang menciptakan manusia, jadi, Allah tahu segalanya tentang apa yang berlaku dalam diri manusia dan apa yang kita tidak tahu. Islam datangnya daripada Allah, bukan daripada manusia kerana isi kandungannya tidak akan tercapai oleh minda dan akal manusia pada ketika Islam muncul. akhir sekali, betapa hebatnya Al-Quran! ia diturunkan oleh Allah dan isi kandungannya tentang HYPONATREMIA telah terdapat di dalamnya sejak dahulu lagi, sebelum manusia menjumpainya!!!

No comments:

Post a Comment