"Assalamualaikum puan, tuan, adik...boleh akak bantu???bilik mana, ek?"
"Er...111A."
"Ok, kalau macamtu, adik boleh ikut tangga ni, naik sampai level 1 & bilik adik area2 lorong tu je."
"K, terima kasih kak..."
"Assalamualaikum, sis...bilik berapa, ek?"
"413C"
"Ok, adik ni level 4, blok C.adik boleh jalan terus, sampai kat tiang tengah tu, nanti akan ada akak commettee akan tunjuk kat mane bilik adik..."
"thanks.."
itulah antara dialog2 famous ana yang telah ditaklifatkan menjadi unit RDW atau dikenali sebagai 'Residential, Discipline & Welfare' waktu Taaruf Week berlangsung.huih...bayangkan nak melayan beratus2 orang sehari.Allah sahaja yang tahu betapa letih dan penatnya kami committee sepanjang hari...
kami juga perlu menahan kesabaran bertemu muka dengan pelbagai ragam parents yang masing2 memang prihatin dengan anak kesayangan...
"Erm, adik committee, neih,pak cik nak tanya sikit...kt ZC ni tak da lif ka?pak cik bukannya apa, nama ja Universiti Islam Antarabangsa...tak kan tak da lif kot..."
"Er...lif setakat ni belum ada lagi pak cik...harap maaf, ek..."
Majoriti parents yang datang pasti bertanya tentang kemudahan lif...huih...kami pun tak tau nak jawab apa dah...nak salahkan siapa, tak tau la...sendiri la jawab...
TAPI...
ada parents yang bermotivasi tinggi...
situasi 1
"Adik, boleh akak tolong angkat kan barang?adik duduk tingkat 3 ni..."
"Eh, x yah nak...biar dia angkat sendiri...biar dia rasa susahnya..."kata seorang pak cik ni merangkap bapanya yang merupakan seorang lecturer di UIA Gombak...
situasi 2
"Adik, tak letih ke dari tadi berdiri je..??"
"Kalau saya kata tak penat, tipulah pulak pak cik...takpe2.kejap lagi la pak cik..."
situasi 3
"Adik, boleh duduk kejap?pak cik nak cakap sesuatu..."
"Ya, pak cik..ada apa?"
"Macam ni...tadi, masa tengah makan, pak cik ada nampak seekor tikus kat bawah sink kat cafe...besar pulak tu... macam kucing pun ada!pak cik ni bukannya apa...kan ni UIA, Universiti ISLAM Antarabangsa.kat sini semua orang Islam...kena lah jaga kebersihan...kan kebersihan itu sebahagian daripada IMAN...kita kena lah tunjuk imej Islam yang baik kepada parents & adik2 yang baru masuk..."
hm...bagusnya kalau semua parents sebegini rupa...
Adik2 first year pun takde kurangnya...
'akak, sakit perut la..ada ubat tak..??'
'akak, kaki saya melecet ni.tadi dah pecah,pastu kembung lagi.pastu pecah lagi.macam mana, ek?boleh pakai sandal je tak?'
'akak, senggugut...malam ni tak pergi padang boleh?'
'akak, saya ni alergic padang.asal duduk kat padang je gatal seluruh badan.kene pergi padang gak ke?'
'akak, kami sesat ni...nak pergi LY dari blok E.tapi tetibe je dah sampai mahallah.'
'akak, saya tak berani lah nak jadi imam...orang lain la..'
'hah?bagi tazkirah?self-esteem saya kurang la...bagi chance kat orang lain la dulu...'
hm...macam2...
NAMUN...
tanpa kita sedari...inilah cantiknya & hebatnya Allah dalam penciptaan manusia...
Allah pun dah kata dalam kalamNya,
"...menjadikan kamu berbangsa2 dan berkabilah2 untuk berkenalan, sesungguhnya yang mulia diantara kamu ialah yang paling bertaqwa, maka bertaqwalah agar kamu dirahmati"
cuba kita fikir...kalau Allah ciptakan semua manusia sama sifat dan peragai...mesti tak best... takde variety...itulah hebatnya & besarnya kekuasaan Allah...boleh menciptakan pelbagai rupa & sifat manusia seluruh pelusuk dunia...
so,
kepada committee2 RDW,
terutamanya yang di ZC,
kak rahmah, kak izzati, kak aisyah, kak mufi, iera, atim, anith, farah, rusni, syidah, amalina...
bersabarlah...mesti ada hikmahnya kita hadapi pelbagai onak & duri sepanjang Taaruf Week ni...
ujian Allah tetap ada untuk hambaNya yang soleh...lagi dekat kita dengan Allah, lagi besarlah ujian Allah kepada kita...
AKHIR KATA...
~ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG2 YANG SABAR~
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment