Thursday, May 14, 2009

~HARI KESEDIHAN ATAU KEGEMBIRAAN?~

'MALAM SEPERTI INI, APAKAH PERASAAN SEBENAR DI dalam diri ini?
Gembira dengan ulangtahun yang ke-32?Apa yang ada pada sebuah kelahiran untuk dikenang?Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu saya bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk saya menghampiri mati.Lupakan kegembiraan, kerana kelahiran hanya bermakna pada kejaan memandu kehidupan.'



itulah petikan yang dibawa oleh Hasrizal Abdul Jamil, atau dikenali sebagai saifulislam yang dengan takdir Allah, saya terbaca petikan tersebut dalam bukunya yang terkenal, 'Aku Terima Nikahnya' beberapa jam sebelum menjelangnya Hari Lahirku yang ke-19 pada 15 Mei ini...

terasa seperti buku itu berkata2 denganku...

GEMBIRA...
pada hari Lahirku ini, aku berasa gembira kerana telah dikurniakan oleh Allah sahabat2 yang masih ingat akan Birthdayku...paling terkejut apabila menjadi 'powder girl' sebaik sahaja masuk ke dalam bilik dan telah di'surprise'kan oleh sahabat2ku setelah aku sedaya upaya ingin menggagalkan rancangan mereka...
yang paling terharu, ada yang membuat flash tentang persahabatan kami selama ini...
dan juga mendapat beribu2 mesej Hari Lahir dari teman2 seperjuangan walaupun baru beberapa minit berlalunya pukul 12 malam...
TERIMA KASIH SAHABAT...

SEDIH...
Namun, sejak maghrib tadi aku telah bermuhasabah sendirian sebelum menjelangnya Hari Lahirku...
mengenangkan usia yang semakin lanjut, bekalan amalan yang masih tidak cukup untuk mempersembahkannya kepada Al-Khaliq...betapa banyak dosa2 yang aku sedari mahupun tidak aku sedari yang telah aku lakukan sepanjang 18 tahun aku berada di dunia ini...
Ya Allah...ampunilah dosa hambaMu yang lemah ini...semoga aku lebih tabah dan sabar dalam menempuh segala ujian dunia yang telah dan akan Engkau ciptakan untuk mengukur iman hambaMu ini...

No comments:

Post a Comment