Sunday, April 24, 2011

~DQ-UIA KUANTAN~




bismillahirrahmanirrahim...








dah lama rasanya saya tak berkongsi sesuatu...mana taknyer,walaupun exam dah habis, sibuk dengan baktisiswa la, report tu, report ni, key in database, lawatan pelajar DQ persijilan ke UIA...


selamat datang pelajar DQ, moga dengan kehadiran kalian, memberi barakah dengan barakahnyer ilmu al-Quran dalam dada kalian kepada bumi UIA Kuantan ni...




cakap pasal lawatan DQ ke sini, dah la time2 org dah ramai balik, ngn ada hal lain yg lebih penting,.. jadi, sape yang tak balik lagi lah yang kena briefing kat mereka tentang kulliyyah masing2,..tup2, saya lah yang kena...huhu~



segan juga pada mulanya untuk berbicara di depan pelajar2 DQ yang mempunyai ilmu Quran yang sgt tinggi, kerdil rasanyer diri ini,..siapalah saya ni, dah la dulu gi interview xlepas, patut kita yang tasmi' kat ustaz tu, dah macam ustaz tu yang tasmi' kat saya,..huhu~lagi 1, dah la buat kat lecturer hall, depan SRC pulak,..Allah je yang tahu betapa kerdil diri ini dirasakan...tapi, apa2 pun, ia semua bermula dari hati. NAK atau TAK NAK.fullstop.



kalau TAK NAK, kita akan buat pelbagai alasan.malu, segan, ade hal, nak balik rumah dah,..kalau kita ambil peluang tersebut utk perbaiki diri, untuk membantu melancarkan perjalanan program, utk menambah pengetahuan mereka tentang kulliyyah di UIA, utk memahamkan mereka situasi di sini, kita akan kata NAK.



dalam situasi ini, memang minda dan akal sgt memainkan peranan. apa yang perlu kita malukan?apa yang perlu kita takutkan? Allah atau manusia? jika kita segan dengan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi, Allah lagi tinggi ilmuNya. jadi, kita semua sama jer...



di sini, niat itu amat penting...bukan untuk menunjuk2, melainkan utk membantu melancarkan program penganjur, taat kpd pimpinan, serta meningkatkan keyakinan diri utk berucap di khalayak ramai...kerana kita juga pemimpin, at least pemimpin kepada diri sendiri...



yang penting, pergantungan kita kepada Allah. sejauh mana kita meminta pertolongan Allah dalam apa yang berlaku kepada diri kita. ketika membuat keputusan, persiapan diri, persiapan alat bantuan berucap, setiap kata2 yang akan terkeluar dari mulut, etika ketika berucap, jawapan yang diberi bagi tiap soalan yang diutarakan, serta informasi2 yang kita berikan-agar mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh penonton,..


sekian, selamat beramal!!!








~HADIRKAN ALLAH DALAM SETIAP PERBUATAN KITA~

1 comment:

  1. mudah lah cakap , as they say , it is easier said than done , anyway , ada lah mesej sikit sikit , try my life .. oranghanyut.blogspot.com , ujian allah datang pelbagai ..

    ReplyDelete