Tuesday, February 22, 2011

~TAUBAT SEORANG HAMBA~

bismillahirramanirrahim...

ngah buat assignment optometrical instrumentation sambil dengar lagu, tetibe rasa sayu dengar satu lagu ini,...
Ya Allah, betapa banyak dosa yang kulakukan sepanjang umurku,...
adakah Kau masih terima taubatku???

hati hiba mengenangkan dosa2 yang kulakukan,
oh Tuhan Maha Kuasa,
terima taubat hamba berdosa,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini,

telah aku merasakan,
derita jiwa n perasaan,
kerana hilang dari jalan,
menuju redhamu Ya Tuhan,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan diri,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini,

dihamparan ini,
ku meminta moga tubatku diterima,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan diri,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah...terimalah...terimalah taubatku ini.... (2x)

~Hafiz - Irsyadee~

Saturday, February 19, 2011

~BAITUL MUSLIM COURSE~

STUDENT IIUM KUANTAN!!!!
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!
meh pakat ramai2 g kursus kahwin!!!
dapat menambah ilmu untuk menjadi isteri2 dan suami2 yg diredhai Allah,...
jgn malu2, g kursus kahwin, tak semestinya dah nak langsungkan perkahwinan....
juz nk tambah ilmu di dada,...
~BAITUL MUSLIM MEDAN TARBIYYAH~

Wednesday, February 16, 2011

~WHY OUR IRIS LOCATED AT THE LENS?~

bismillahirrahmanirrahim...
adakah anda tahu, dalam mata kita terdapat satu bahagian tu yang dinamakan iris. saya bukan nak cerita pasal cerita IRIS, tapi, nak cerita kekaguman saya pada ciptaan Allah yang sangat luar biasa dan ini menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT...

SUBHANALLAH...
sebelum saya cerita lebih lanjut tentang iris, mari kita lihat anatomi mata kita...


iris merupakan struktur bulat yang terletak di depan lens dalam mata kita...jika kita lihat secara kasar, iris dilihat seperti melekat pada depan lens.

persoalannya, kenapa iris mesti terletak di situ?kenapa bukan depan sedikit daripada lens atau di belakang lens?

hal ini kerana...

untuk mengelakkan distortion berlaku...
apa itu distortion?
distortion adalah keadaan di mana apabila berlakunya pelbagai magnification di jarak yang berbeza dari lens. hal ini bukannya disebabkan oleh kurangnya kejelasan kualiti imej.
atau, stop berada bukan pada tempatnya.

apa itu stop?

stop bertindak sebagai pengehad cahaya yang akan melalui sesuatu kawasan. ia adalah untuk memotong cahaya yang tidak diperlukan.

contoh mudah bg stop adalah, CD. CD tersebut adalah stop dan bukaan di tengahnya dinamakan bukaan stop. apabila cahaya melalui stop (CD), cahaya yang tidak diperlukan, iaitu di bahagian tepi akan terpotong dan cahaya di bahagian tengah sahaja dibenarkan melalui stop tersebut. jadi, imej akan lebih fokus dan tajam...

terdapat 2 jenis distortion, iaitu pincushion dan barrel.



pincushion distortion akan berlaku apabila stop terletak di belakang lens...
manakala barrel distortion belaku apabila stop berada di depan lens...


untuk mengelakkan kedua2 distortion berlaku,


  1. stop mesti diletakkan di lens

  2. letak stop di antara dua lens

  3. guna orthoscopic doublet

  4. guna ramsden eye piece

oleh kerana mata kita hanya ada 1 lens, jadi, langkah yang pertama adalah yang paling tepat dan berkesan. stop mesti diletakkan di lens, seperti mata kita!!!

SUBHANALLAH...

tanpa kita sedari, Allah dah tahu segalanya tentang kita sebelum kita diciptakan dan sebelum kita tahu tentang diri kita...walau sekecil2 perkara...

jadi, janganlah kita kufur nikmat yang telah Allah berikan kepada kita... lihatlah perkara2 yang Allah izinkan, bukannya perkara yang Allah larang...

Sunday, February 13, 2011

~MATA DAN UV~

bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, bru je abeh exam subjek ocular anatomy...dengan bantuan Allah melalui Dr. Ahmed Momoh Tahiru, beliau byk tolong kami...termasuk la bagitau topik apa yang masuk exam...huhu~

subjek ni sangat best, tapi makin byk kita belajar tentang sesuatu perkara, makin byk rasanyer ilmu yg kita xtau...yela, ilmu Allah tu sangat luas, kita hanya pinjam daripadaNya terlalu3 sikit...


nak tau tak...makin byk saya belajar pasal diri manusia ni, makin tinggi tahap kekaguman saya pada kekuasaan Allah...Subhanallah...


contohnyer,

ramai orang tahu, kat dalam sinaran cahaya matahari, terdapat ultraviolet radiation atau radiasi UV. free radical adalah hasil daripada proses metabolik. penyerapan UV ni boleh menyebabkan perubahan dalam tisu badan dan terjadinya pembentukan free radical. free radical membantutkan proses2 sel dalam badan dan menyebabkan kerosakan sel.


kita sering mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena kulit?

tapi, pernahkah kita mendengar, bagaimana untuk menghalang UV daripada terkena mata?


sebenarnyer, terdapat bahan2 yang boleh menghalang kerosakan tersebut, iaitu glutathione dan ascorbic acid.


lebih mengagumkan, bahan2 ini terdapat di aqueous humor yang terletak di depan lens dalam mata kita...!!!bahan2 tersebut ada di dalam mata kita tanpa kita perlu meletakkannya sendiri utk halang UV!!!


SUBHANALLAH...

betapa hebatnyer ciptaan Allah terhadap manusia...itu baru sekecil2 sel dalam badan..!!


Allah dah berfirman,

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kamudian Kami balut tulang2 itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik2 Pencipta."- Surah al-Mukminun ayat 14


kesimpulannya, begitu hebat Allah ciptakan kita dan begitu byk nikmat yang Allah beri kepada kita, kenapa kita masih tegar utk sujud dan bersyukur kepadaNya???

Monday, February 7, 2011

~NAK BERGAUL???~



bismillahirrahmanirrahim...


tetibe rase cam nak share sesuatu...


saya rasa sangat risau ngan kawan2 lama...xtau ntah kat mane, ntah camane hidup diorang skang, dengan sape diorang berkawan, apa khabar iman diorang....???




Allah...bantu lah mereka, guide their life Ya Allah...




nak dijadikan cerita, pada suatu hari....


saya dan kawan lama saya ber'chat' di FB, pastu, dia tanya, "Islam ni memang xkasi kita bersosial la ea?"






bukan camtu...


dalam Islam, ada situasi di mana Islam membenarkan kita untuk bergaul antara lelaki dan perempuan...


hukum sebenar pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram. walaubagaimanapun,


menurut jumhur ulama', pergaulan lelaki dan permpuan diharuskan dalam beberapa keadaan, iaitu:




1. DARURAT



-darurat yang dimaksudkan adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang. contohnya, jika terdapat satu keadaan di mana seorang wanita berada dalam keadaan bahaya, harus bagi seorang lelaki untuk bergaul dengannya untuk memberi perlindungan kepada wanita tersebut. pergaulan atas alasan darurat hanya boleh sekadar menghilangkan bahaya tersebut.



-keadaan yang mengancam nyawa juga termasuk dalam darurat. oleh itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan dalam jihad berperang demi musuh Islam untuk menjaga agama.



riwayat al-Rabi' binti al-Mu'awwiz bahawa beliau telah berkata:



Maksudnya:



"Kami (kaum wanita) telah keluar bersama2 Nabi SAW (berperang). kami memberi minum dan merawat tentera yang cedera dan membawa pulang tentera yang terbunuh ke Madinah"- Hadis riwayat al-Bukhari



2. KEPERLUAN ATAU HAJAT



-keperluan adalah suatu perkara yang mesti ada tetapi tak sampai ke tahap darurat. jika keperluan tidak dipenuhi, kehidupan menjadi tidak lengkap. bagi keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak, pergaulan antara lelaki dan perempuan diharuskan.



antara keperluan tersebut adalah:



a) muamalat maliyyah (urusan harta)



perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan melibatkan harta seperti jual beli atau lain2 transaksi. ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak. ini termasuk urusan di bank, pasaraya, kedai dan sebagainya.



b) penyaksian (urusan mahkamah)



penyaksian wanita diterima syarak dalam kes tertentu.



firman Allah:



Maksudnya:"Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki daripada kalangan kamu. kemudian jika tidak ada dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang wanita daripada orang2 yang kamu persetujui."- Surah al-Baqarah:282



jadi, jika wanita terpaksa menjadi saksi dan keadaan itu memaksanya bergaul dengan lelaki, maka keadaan ini dibolehkan.



c) urusan kerja



wanita diharuskan keluar dari rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. urusan kerja biasanya melibatkan pergaulan lelaki dan wanita. tambahan pula, bilangan tempat kerja yang mengasingkan lelaki dan wanita secara total amat terhad. dalam sirah, Umar al-Khattab RA pernah melantik al-Syifa' (seorang wanita) untuk menjadi penguatkuasa di pasar. perbuatan ini menunjukkan harus bagi wanita bergaul dengan lelaki atas urusan kerja.



d) keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat



wanita boleh keluar rumah selagi tujuan dia keluar tidak bertentangan dengan syarak. contohnya, dalam kenderaan awam, dibolehkan atas alasan ia adalah keperluan yang mendesak. percampuran wanita dan lelaki dibolehkan dengan menjaga batas2 syarak dalam pergaulan.



3. PERGAULAN MENGIKUT ADAT DALAM MAJLIS2



-pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis keramaian seperti kenduri, atau majlis bersempena dengan sesuatu dibolehkan. begitu juga ziarah keluarga, jiran, sahabat, melayan tetamu dan sebagainya.



* Namun, keharusan2 ini tertakluk kepada batas2 pergaulan antara lelaki dan wanita yang telah ditentukan syarak. pergaulan akan kembali menjadi haram sekiranya batas2 pergaulan tidak dijaga oleh kedua2 belah pihak...

* ISLAM ITU INDAH~ Islam bukanlah satu agama yang nak mengekang segala2nya kepada umatnya. tetapi, Allah telah menetapkan guidance (petunjuk) untuk hambanya dengan adanya PERINTAH dan LARANGANNYA...