Wednesday, June 1, 2011

~RASULULLAH TIDAK MENGENALIKU??~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad waala alihi wasahbihi ajmain.

Di dalam kitab Mukashafah al Qulub (Penenang Jiwa) karangan Imam al Ghazali ra (semoga Allah merahmati beliau)

Diceritakan bahawa seorang lelaki sering tidak pernah berselawat ke atas Nabi saw. Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasululah saw. Baginda langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya “Wahai Rasululah, apakah engkau marah padaku?”. Rasululah saw menjawab “Tidak”. Lelaki itu bertanya lagi “Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?” Jawab Rasululah saw “Kerana aku tidak mengenalimu”. Lalu lelaki itu menambah “Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu?.Padahal para Ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya.” Rasululah saw menjawab “Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku”.

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasululah. Rasululah berkata, “Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau”.

Maka tanya lah dirimu adakah engkau mnyintai Baginda saw?
Berapa banyak dirimu berselawat kepada Baginda saw setiap tahun,blan,minggu,hari, jam dan saat?
Berapa banyakah titisan air matamu kmu titisan kerana rindu untuk berjumpa Baginda saw yang mulia?
Siapakah yang kamu selalu puja dan bangga?
Siapakah ikonmu?

Sudah tentu soalan di atas tiada satu pun yang mampu kita jawab kerana jauhnya cinta kita kepada Baginda saw (terutamanya diriku).

Oleh itu Tuhan kami, kami mengadu kepadaMu.Ya Allah suburkan cinta kami kepada KekasihMu Nabi Muhammad saw, basahilah lidah2 kami dengan selawat dan pujian kepada TemanMu Baginda Muhammad saw, bangkitlah kami di akhirat kelak di bawah panji Baginda saw serta di bawah syafaat Baginda, Nabi Muhammad saw.
Allahumma amin T.T

sumber: daripada sahabat~





http://www.facebook.com/photo.php?fbid=222383934456449&set=a.161643620530481.38241.100000545319335&type=1&ref=nf#!/home.php?sk=group_108885199198961¬if_t=group_activity

Monday, May 23, 2011

~BETUL KE..WAHAI WANITA...???~



BETUL KE..WAHAI WANITA..???





siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?




siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?




hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?




disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?





padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil




persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?





Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni





"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)





x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?









sumber: perkongsian drpd sahabat~

Tuesday, May 17, 2011

~FORUM ANAK2 BEBAS RADIO AKTIF~

bismillahirrahmanirrahim...




m0h kita pakat ramai2 g f0rum ni...mahukah anak2 and ter'expose' dengan radio aktif???

jika tidak, marilah kita meriahkan forum ini...pasti hangat!!! utk anda yg bru nak tahu, yg ingin tahu dan yg dah tahu!!!


SEBAR2KAN...

Monday, May 16, 2011

~BABY~

bismillahirrahmanirrahim,..





dah 3 minggu rasenyer saya x update blog...


kali ni nak cite pasal anak~~~


bukannyer saya dah tak sabar nak dapat anak atau tak lama lagi nak dapat anak, tapi sebab saya skang ni tengah jadi baby sitter kepada anak sedare yg c0mel ni...









muhammad adam darwisy bin mohd adzmin





kekadang kita sokmo perhatikan, ramai ibu bapa di luar sana memarahi anak2 mereka tatkala mereka tak dengar kata, jatuhkan barang, tak mahu makan sayur, sepahkan barang2... kekadang anak2 yg jadi mangsa ketidaksabaran mereka...





kita perlu sedar bahawa anak2 itu ibarat kain putih, ibu bapa lah yg menc0rakkan mereka...


kita perlu check balik, sejak awal proses penciptaan anak2 kita..





dari sikap dalam diri kita sendiri, kehidupan kita sejak kecil hingga dewasa, pemilihan pasangan, pernikahan, kehidupan dalam rumahtangga, mengandung, kelahiran, penyusuan, didikan, sehinga lah anak itu besar...


semua itu menjadi kredit dalam pembentukan sahsiah dalam diri anak2...
itulah yang Islam ajarkan kepada kita...

sikap kita sekarang akan melambangkan bagaimana sikap anak kita akan datang...
kehidupan kita mungkin akan mencorakkan kehidupan anak kita...
bagaimana pasangan yg kita pilih akan menentukan masa depan anak2...
setiap langkah kita ketika nikah, menjalani kehidupan berumahtangga, adab2 ketika mengandung, melahirkan, menyusukan, didik, akan menentukan segalanya...

Dan orang2 yg berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri2 kami dan keturunan kami kesenangan hati dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yg bertaqwa.' (Al-Furqan:74)



setuju tak kalian kalau saya katakan bahawa 'anak kita sekarang adalah cerminan kita pada masa lalu'?





janganlah salahkan anak2 jika mereka kuat meragam, menangis macam nak pecah gegendang, kuat memberontak dan pelbagai lagi kerana kita atau pasangan ada sifat tersebut ketika kecil...



namun...

segalanya atas ketentuan Allah Yang Maha Esa,

Dia berhak menentukan segalanya dengan kehendakNya...


~ALLAH KNOWS THE BEST~

Sunday, April 24, 2011

~DQ-UIA KUANTAN~




bismillahirrahmanirrahim...








dah lama rasanya saya tak berkongsi sesuatu...mana taknyer,walaupun exam dah habis, sibuk dengan baktisiswa la, report tu, report ni, key in database, lawatan pelajar DQ persijilan ke UIA...


selamat datang pelajar DQ, moga dengan kehadiran kalian, memberi barakah dengan barakahnyer ilmu al-Quran dalam dada kalian kepada bumi UIA Kuantan ni...




cakap pasal lawatan DQ ke sini, dah la time2 org dah ramai balik, ngn ada hal lain yg lebih penting,.. jadi, sape yang tak balik lagi lah yang kena briefing kat mereka tentang kulliyyah masing2,..tup2, saya lah yang kena...huhu~



segan juga pada mulanya untuk berbicara di depan pelajar2 DQ yang mempunyai ilmu Quran yang sgt tinggi, kerdil rasanyer diri ini,..siapalah saya ni, dah la dulu gi interview xlepas, patut kita yang tasmi' kat ustaz tu, dah macam ustaz tu yang tasmi' kat saya,..huhu~lagi 1, dah la buat kat lecturer hall, depan SRC pulak,..Allah je yang tahu betapa kerdil diri ini dirasakan...tapi, apa2 pun, ia semua bermula dari hati. NAK atau TAK NAK.fullstop.



kalau TAK NAK, kita akan buat pelbagai alasan.malu, segan, ade hal, nak balik rumah dah,..kalau kita ambil peluang tersebut utk perbaiki diri, untuk membantu melancarkan perjalanan program, utk menambah pengetahuan mereka tentang kulliyyah di UIA, utk memahamkan mereka situasi di sini, kita akan kata NAK.



dalam situasi ini, memang minda dan akal sgt memainkan peranan. apa yang perlu kita malukan?apa yang perlu kita takutkan? Allah atau manusia? jika kita segan dengan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi, Allah lagi tinggi ilmuNya. jadi, kita semua sama jer...



di sini, niat itu amat penting...bukan untuk menunjuk2, melainkan utk membantu melancarkan program penganjur, taat kpd pimpinan, serta meningkatkan keyakinan diri utk berucap di khalayak ramai...kerana kita juga pemimpin, at least pemimpin kepada diri sendiri...



yang penting, pergantungan kita kepada Allah. sejauh mana kita meminta pertolongan Allah dalam apa yang berlaku kepada diri kita. ketika membuat keputusan, persiapan diri, persiapan alat bantuan berucap, setiap kata2 yang akan terkeluar dari mulut, etika ketika berucap, jawapan yang diberi bagi tiap soalan yang diutarakan, serta informasi2 yang kita berikan-agar mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh penonton,..


sekian, selamat beramal!!!








~HADIRKAN ALLAH DALAM SETIAP PERBUATAN KITA~

Saturday, April 2, 2011

~DENGAN HANYA MENUNGGANG MOTORSIKAL~


bismillahirrahmanirrahim...


semalam lepas exam 2 paper yg nak pecah kepala, tetibe...

<1 message receive>

jannah, nak x kalo kite mkn kt lua ptg ni?nek motor,..rase cm teringin nk mkn roti canai...



bole gak!sy kat cafe ni, nt dtg amek sy ea,...


<1 message receive>

ok..


15 minit kemudian,

jannah: ala, mali,..sy pakai baju kurung, cane?

amali: bole je,...


5 minit kemudian, (punyer la lame nak nek motor,..seram!!!-walaupun ada lesen motor..)

jannah: k, jom,.. subhanallazi sakhorolana wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lahu munqalibuun...(5x)..mali, jangan bawak laju2 mali...


lepas selamat naik motor dengan pakai baju kurung tu, kami pun bertolak gi makan roti canai, roti nan dan rojak ayam,wau!...sekali pikir,..betul kata mali, kami makan sesedap itu, macam mana la sahabat2 lain yang tak mampu utk makan walau sesuap nasi???Allah, permudahkanlah uurusan mereka...luaskanlah pintu rezeki mereka...


k2, balik semula kpd cite motor ni,..ni first time saya naik motor ke bandar...memang lain tau, dengan naik kereta!!!

nak ceritanya kat sini,...


  1. betapa kecilnya saiz motor kalau nak dibandingkan dengan kereta dan lori, apatah lagi bas!!!jadi, kalau drive kereta tu, janganlah abaikan penunggang motorsikal..tengok depan belakang,.mereka pun pengguna jalan raya seperti kita...saya dapat rasa kegerunan dan bahaya yang lebih besar bila naik motor ni, jika dibandingkan dengan naik kereta,..seram!!! utk penunggang motorsikal, bawak la dengan lebih berhati2, memandangkan sekarang ni banyak dengar cite pasal org eksiden...

  2. rasa kekerdilan diri bila berada di jalanraya,..Allahu Akbar!!! Allah Maha Besar!!!tak dapat bayangkan kalau orang yang cuma ada motor utk bergerak ke mana2,..syukurlah dengan apa yang ada...terlalu byk nikmat Allah yg Allah bagi kit pinjam, Allah sendiri pun kata, "Dan jika kamu menghitung semua nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya..."

  3. tapi, bila nak motor ni, baru saya terasa nikmat angin yang Allah bagi kat kita, sebab, kalau naik kerata, mana rasa sgt angin, lagi pulak kalau naik motor dengan lajunya!!! Subhanallah!!!

Anyway, tengkiu mali, sebab bawak saya jalan2 gi naik motor!!! saya belajar banyak benda dengan hanya membonceng motor!!!


~BELAJARLAH MENGENAL ALLAH DARI SEGALA YANG BERLAKU DI SEKELILING KITA~

Sunday, March 27, 2011

~SYABAS SBPIT!!!~

bismillahirrahmanirrahim...


tetibe teringat zaman2 sekolah dulu...

musolla ku yang indah...center of tarbiyyah...


bas sekolah ku,..setia membawa kami ke mana sahaja, dengan di drive kan oleh pok jak, pok din...
plak IMTIAZ327, kami sematkan hati kami di plak ini, tanda ingatan kami kepada warga SBPIT...


dan...
harapnya, tak terlambat utk saya mengucapkan tahniah kepada adik2 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, kerana mendapat keputusan SPM baru2 ni yang memberangsangkan!!!


TAHNIAH!!!


malu rasanya kat cikgu2 becoz tak dapat result yang best time kitorang dulu...tapi, nampaknyer, adik2 dah mewakilkan kami...he3


dikhabarkan, SBPI Temerloh mendapat tempat pertama dalam negeri Pahang!!! kali ni dah berapa kali dah ntah, sekolah kitorang dapat tempat pertama dalam pahang utk SPM...




dan kalau tengok kat slip bawah ni, SBPIT juga mendapat tempat pertama dalam kategori sekolah luar bandar (???) dalam Pahang. hurm, betol la luar bandar, sebab sekolah kami memang dikelilingi oleh flora dan fauna yang indah...



kalau yan ni pulak, kami mendapat tempat pertama dalam subjek Bahasa Arab Tinggi.. Tahniah sekali lagi!!!

Ustaz Shaifuddin, orang kuat BAT



TAHNIAH sekali lagi, buat adik2 dan tak lupa cikgu2 yang sangat komited!!!tanpa cikgu2 sekalian, siapalah mereka...yang memang bertungkus-lumus memberi yang terbaik dari dulu, sampai sekarang...!!!


dan, jgn lupa, semua ni rahmat dan pemberian daripada Allah...dan disandarkan atas usaha manusia...jika bukan datangnya dari rahmat Allah, tak terdaya kita untuk mendapat semua kejayaan ini...


akhir kalam, teruskan usaha!!! dan, semoga sahsiah adik2 SBPIT terus mantop sebagaimana mantopnyer akademik kalian!!!